Wednesday, January 26, 2011

Dekat tapi jauh

Rindu kat budak comel nih.
haaaa.. yang ni kita kasik close up dekattttt sket.okeh?!


haaaa.....comel tak?comel takkkk???? hehee

Budak comey lagi manja nih nama dia Kaisah Arinah. Papa dia is babah bestfriend since young. and yeah, all of us satu kelas dulu masa secondary school..hekhekhek...

Kebetulan atau tidak... secara tak sengaja, Mama & Babah terbeli rumah satu kawasan dgn Papa Arinah. Pada hal, tak pernah plan... and we only get to know about this secara tak sengaja when we borak2 pasal property.

Their housing area is just oposite ours! hmm..kecik nye duniaaaaaaaa.... eventhough Arina's family now staying in Kedah but they are looking foward to come back to Kl for good... :)

Kebetulan atau tidak.... Atuk & Nenek Arinah yang stay dekat Perlis pon actually sedang construct rumah dekat Chini jugak,which is close to rumah Tok Ma & Tok Abah!! hmmmmm..bertambah kecik lah dunia,kan??hehehe...

Mama can't really tell about this, but if Arina's family moving to Pristana Mia would be her schoolmate or even closer, a classmate!! sebab both of you are sebaya...

Hmm... on last visit, mama ada snap few pic of Mia n Arina @ uncle Amer new house, tapi tak der pulak gambar ni dalam thumb drive Mama..sigh.... Mana lah tau kot by the time Mia baca balik entri ni, u both dah besar n become a gud fren ke..kan??? ( cewah....dasar pandang ke depan sungguh ! hehe)

To Arina, nanti turun sini, dont forget to ajak Ummi & Papa visit auntie ye... muahhhssssss

Rahsia bulan kelahiran

cewaahhhhhhhh

ok-ok..ini ada lah edisi mencover line sebab entry sebelum ni ala2 melepas kan batuk ditangga walaupun sebenarnya hari2 nek lif sambil mengumpul lemak di pinggul.

Dan, ini ialah versi Dr Fadilah kamsah yang adorable lagi comey itew..*wink*wink*

Dan..
Mia ialah anak July
Mama on Sept
While babah is on May...

walaawehh..tak syncronize langsung tarikh lahir. maka tak da harapan nak save bajet celebrate besday setiap tahun. pfftttttt *sambil meniup juntaian rambut kat dahi*


JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Seorang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

OKTOBER
Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Seorang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s : untuk kenal orang, harus mengenal diri sendiri dahulu.
unruk menyayangi orang harus kenal orang itu dahulu.
ngerti ngak? erghhhh

Tuesday, January 25, 2011

what number are you belong too, numerologicly???

Awal tahun lagi kot.
Jadi masih belum terlewat nak tampal benda2 lagho cenggini..hekhekhek...

Secara numerologi nya, tarikh lahir kita di bahagi kan kepada kumpulan2 tertentu to determine our self and attitude ( kononnye lah kannn.... )
Tak pasti tahap kesahihan nye.. Tapi sonok bila membaca. Cume tak boleh taksub sangat la kottt... kan??

oookk ooo..bad news,,bad news.. url dah terhilang... sempat copy mama n babah punyer je..
Mia punyer? tak der...
haih.... aper lah! -_______-"

Ni, Puan mama punyer...
You are a person of hard hearted,
selfish most of the times,
religious,
Loves to climb up in your life..
You always tend to have lots of problems Within your family in the early stages but you will put up with everything..
You have the strong word power,
pretty happy face..
So wherever you go always You have got what you wanted!!!
And from the birth always wanted to work hard in order To achieve something..
You will not get Anything without hard work!
When you reach a man/ woman age you want other younger Once to listen to you
because you want younger people to respect people older than them.
You do set so many examples to others.
Generally you are not a cool person. It ' s not easy
thing dealing with you.
A tough player you are!
But once you like someone ' s attitude then here you go, what can I say? It
will be a lasting friendship.
You always have respect from others.
Your life seems to have lots of worries and problems but sure they won ' t be long..
You will always have brilliant kids!!!
You love the
money a bit too much so temptation will push you to endless
trying and trying..
If you are a guy then it ' s over.
Looking after your family and
help friends, so you
will spend a life time just being generous and
kind (except 21st born men). And number 3s you will
be such an example
of how to be in the culture & life!!! If you are girl then you have
good character
and culture & hardworking attitude. You always
follow. You are a freedom lover, creative, ambition
focused, a person
who brings beauty , hope & joy to this world!!!


And ini En.Babah punyer..

You are a very strong personality,
there ' s no one out there will understand you.
You are very good at pointing your finger at some thing and say "this is what".
You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty.
If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking after your entire family.
You often suffer all the way in life.
The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way.
You are the one who will fight for justice and may die in the war too.
You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others.
Well. once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you become safe.
You will face un-expected problems such as : the error, government, poisonous animals, accidents.
You are some one with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success.
You are a great part of a family team.
You are a fighter!


So, what is your number?
p/s: dah p gugel sendirik!!!

Friday, January 21, 2011

begitupun begini


Kadang-kadang,
hati selalu bertanya,mengapa begitu
mengapa begini.
Walhal, ianya nyata di depan mata.

Kadang-kadang
hati tetap gusar
rasa yang kurang rasa
sentuh yang kurang sampai.
Lalu bertanya lagi.
mengapa begitu

Kadang-kadang juga,
walau rasa secukup rasa,
sentuh hingga ke umbi
hati masih berdetik.
mengapa begini


Kita.
manusia.
punya individualiti sendiri.
bermain sketsa diruang simfoni
walau layar tak seputih mana

Mengapa tidak di suluhkan saja?
Biar terang.
Biar menyilau.
Lalu terbukalah hati
terungkai lah tanya.


Begitu dan begini.
yang tak pernah sudah.

Tuesday, January 18, 2011

Mia: 1tahun 6 bulan !

Yeay!!!! dah vesar dah budak manja sorang nih..emm.... Makin banyak cekadak..
makin manja...
makin banyak songeh...
makin banyak keletah...
buat mama & babah kadang2 tersenyum sorang2 kat opis teringat Mia.
Rasa nak balik terus jumpa Mia.
Nak peluk Mia..
Nak sayang Mia...

Budak Mia manja nih...

Sekarang sudah makin suka makan...
Dulu?
hmm...susah nye nak makan.
Semua muntah...
perut Mia lambat terima solid food.
11 bulan baru mula nak makan.
lambat kan?


Buat hati babah risau
Buat hati mama gundah...
hmm......

Buah hati mama & babah sitopi merah ni...
sekarang ialah burung tiung babah dan mama..
mengajuk setiap perkataan..lagu dan gaya
buat mama&babah pecah perut ketawa....
gelihati dengan gaya mia bercakap.
lagak ber ia-ia bercerita.macamlah babah & mama faham setiap butir bicara..

Si manja mama & babah...

Semoga membesar dengan sihat dan gembira.

Terima kasih Tuhan.

atas pemberian MU yang tak terhingga ini..

terima kasih.

Monday, January 17, 2011

pernah tak kau terfikir...

...bila Tuhan berikan kesakitan pada anggota badan kita adalah sebagai peringatan untuk kita bersyukur?

Contohnya sakit tekak.
Kita biasanya cuma perasan yang kita ada tekak bila kita sakit.atau sore throat. kalau time tak sakit, kita bebas bercakap apa saja.makan apa saja.Terlupa bahawa kita ada tekak. terlupa juga untuk bersyukur dengan segala nikmat makanan yang disumbat ke dalam tekak. Terlupa juga untuk menilai apa yang kita tuturkan melalui tekak.
Bila tekak sakit.
baru perasan..ohhh..aku ada tekak rupenyer..
memang selalu cam gitu ker?ke..aku je yang macam tu??huh..dasar manusia selalu lupa kurniaan tuhan betullah! -_________-"

tetibe Melaka.

...alah. tengok tajuk pun dah boleh agak kan? heheh

Ini gara2 Malaysia menang Piala Suzuki lah ni.. since PM najib declare cuti and we got no plan, merambu lah kita yew... * eish...meremang lak bulu ketiak tulis cenggitu.nak2 lagi bila baca sms bebudak sekarang ni.okeh, to be precise, sms anak2 buah aku - "nanti kitew nak pegi manew?" yuck hak tuihhh!!! tolong buang hurup W tu jejauh boleh tak???? geli gelomannnn dennnnn!!huh!*
ok.kembali kepangkal jalan. Astagfirullah.... hehe

Sebenarnya, memang plan asal nak balik kampung. Tapi, bila pikir2 kan balik...alah...alang2 nak ambil cuti, baik ambil time chinese new year nanti....sambung saja terus 9 hari ( wink..wink... hover tak? mcm aku je yg beraya..heh!) sooo.. boleh la balik ke dua-dua belah kampung tanpa rasa ragu2! jimat masa,petrol,tol dan sebagainyer..ewah..berhemah la konon.

Tapi macam biasa, niat untuk berjimat cermat bukan lah sesuatu yang mudah.selalu ada cabaran. -___-'

Bangun pagi di hari Jumaat dengan rasa gembira sebab dapat public holiday tanpa disangka. Tapi excited tu cuma sementara je..bila lepas bekfas, mood terkebil-kebil merenung siling rumah sambil terpikir umang aiiiiii...cuti 3 hari kau???? nak melepak kat umah je ker? berlumut buntut kau nanti.....adeh.

tetibe asben ckp..."Melaka jom..bosan lah!" lalu, sebagai isteri yang patuh terus mengemas beg zup-zap-zup-zapppppp masuk kereta. dah masuk highway baru terpikir...Allah... ini New Year eve...ada hotel ke tak ni???

hehehe.bijak kan?
Sampai Melaka. kesana-sini, mencari hotel. akhirnyer jumpa...hotel kecik je...tak kisah la.lepas check in, terus zasssssssssssss...cari asam pedas Melaka lah! yummehhh!!! sedap sampai lupa nak snap gambo.hekhekhek...

Haaaa... Mia... ni le kenangan2 kita kat Melaka.hehehe..muka duk berlemoih je memasing..adeh!

Perjalanan adalah sangat aman tenteram.sebab bos tecit ni tengah tido dengan jayanyer...charge bateri lah tuh!!! hmm..
Sangat tenteram sehinggamama&babah sempat menggedik2 ber cam whore.. -__-"
us... posing bajet cover album... aduyaiiii..
Meriahnyer beca..... tak nampak babah ngan mia..nampak bunger je..huahaha
Dah penat naik beca,kita minoommmm dulu!!
On Malaca Cruise..best jugak lah...
blaaa..blaaa...blaa....dah malam..

dah penat berjalan, balik hotel...while Mia terbongkang, babah turun bawah balik pegi fishing till 3.00 am. And mama? lepak kat hotel tgk Ong Bak 1.. sambil tengok fireworks New Year kat tingkak.sigh...

And that's how we end our 2010 and begin our 2011.. :)

Thursday, January 13, 2011

kenapa kena neves bila naik public transport

Hari tu balik naik Komuter, sebab En.Babah lewat.sangat lewat.ada system issue di pejabat.

Macam biasa dek kejahilan menaiki kenderaan awam yang mungkin secara purata nya setahun 2-3 kali saja naik komuter maka pengiring handalan pun dilantik.



Selepas waktu kerja iaitu pukul 5.30 ptg masih di ofis menyambung kerja kerana C*IMB transport utk ke KL Sentral cuma available pada pukul 6.30 sahaja.membuktikan bahawa umat2 disini memang penghuni pejabat tegar yang kalau kau angkat punggung mahu pulang ke rumah tepat jam 5.30 kau adalah woooott woottt...pemalas...woott..wootttt..'awal balik??' woott wooott...err..tak der kerja ker...wooootttt...

Jadi harus bijak disitu.sigh...atau pun. just buat bodo tak paham bahase slumber balik awal.sigh..sigh..

Tepat jam 6.30 ptg.terpacak lah aku bersama cik2 pengiring. ke KL sentral.

Di iring ke tempat membeli tiket...Tengok waktu di screen, ohhhhh lagi 7 minit train mahu tiba.

Di iring pula ke pintu masuk ke platform nombor 5.

Selepas sesi babai-membabai kepada cik2 pengiring, bergerak lah aku ke platform berkenaan.



dalam hati dup-dap dup-dap....

risau takut salah platform, walau sejak umur 3 tahun sudah pandai membaca, tapi di umur menjangkau 30 tahun ini masih ragu2 sama ada diri membaca signboard "PLATFORM 5" dengan betul atau tidak... ishh ishh ishh... bisikan syaiton mengaburi jiwa sungguh.... cepat2 terus terkumat-kamit baca" Auzubillah himinasyaitonnirojimmmmmmm'- meminta perlindungan Allah dari syaitan yng di rejam... -__-



Train sampai.... cepat2 pegi naik koc merah jambu.
huehuehueeee....sonok nyer..berjaya jugak menjejak kaki ke pink coach yang digembar gemburkan ni... :B
Orang tak berapa ramai dan dapat tempat duduk.lega...

En.announcer adalah sangat menjengkelkan. tiap kali buat announcement station, mesti tak dapat difahami dengan jelas.mesti mahu dan harus tertoleh-toleh membaca nama station.sambil kira okk..ok... 5 station lagi..okkk.okkkkk 4 station lagi. pathetic kan? -___- "

Stesyen Batu 3, Shah Alam.
sampai je, tengok taxi space was empty...mungkin peak hour kot...
Few minutes later, sampai la satu teksi.cepat2 tahan sebab nak cepat2 sampai rumah.

7.20 pm
Pakcik: Pergi mana?
aku: puncak perdana, pakcik..
pakcik: ok....
awak?
tanya pakcik lagi kepada sorang budak pompuan berdiri sebelah aku.
budak: Sri kayan..pak cik boleh tolong anta?
pakcik: boleh.... nak, pakcik hantar dia dulu awak kisah tak??
aku: err....on the way ker?
pakcik: takkk..tp dekat je.belakang niiiii je.
budak: Boleh lah akak ye?saya nak cepat ni, ada hal...sri kayan belakang ni je.
aku: (sambil jeling jam) serius dekat? maghrib ni. ( mampus lah, aku mana tau sri kayan..ntha2 kencing kott.)
Pakcik: dekat je...haa..masuk..masuk...

ok fine.dekat je kan??? lagi pon mmg tak der cab.

7.35 pm
Masih dalam cab ke sri kayan.. dekat ker? dah 15 min pon tak sampai lagi.
Dalam hati dah rasa gusar. rumah aku menghala utara.rumah budak ni menghala ke selatan.
maksud nyer: kena patah balik n harung jam dekat KTM stesyen td.
Triittt...trriiiittt.. ( telepon budak pompuan tadi berbunyi.sebenarnya,
ringtone dia bunyi sedap sikit, tp aku tak reti nak eja bunyi tu cemana.jadi, kira halal je lah ye..huehuehueeee)
budak pompuan: helo..blablablablaaaa....sayang..I dah kat dalam cab ni, u datang cepat sikit ye, I tak sabar nak makan ni. lapar la...em...emm....blaaa..blaaa..blaa...
cait!! secepat kilat kepala aku menoleh. urgent pada definisi kau ialah mencekik ker?
erghh..sabar..sabar...sabar....

7.40pm.- sampai Sri kayan

Pak cik tu perasan aku asyik tengok jam kot.lalu memandu teksi laju2...

Tapi dia tak perasan, selain sibuk tengok jam, aku pon duk sibuk jeling meter dia jugak..esshh..bape henggit la nak kena ni.. cemana lah agaknyer kiraan td ye? sebab pakcik tu tak reset meter dia. Maksud nyer, since we departed from KTM ke Sri Kayan n ker rumah aku, dia cuma set 1 meter saja.

Meter: RM 22.00 - sampai ke rumah aku.

aku: berapa Pakcik?
Pakcik: RM 22..
aku: Hah??? tapi itu tambang sampai ke sri kayan kan?
Pakcik: err....eh bukan.RM20.
Aku: eh, tak kan pakcik caj saya tambang anta budak tadi kot???
Pakcik: eh! apa pulak??? kan meter tu tunjuk 22 ringgit? pakcik caj awak RM20 je..mana pulak pakcik caj penuh??? (sambil suara dah naik...dan buat muka garang kat aku)
aku: Tapi, pakcik dah ambil 7 ringgit dari dia tadi kan????
Pakcik tu diam..sambil buat muka kerek.
aku sambung lagi : Sebab tu lah saya tak nak pakcik hantar dia dulu tadi.dah agak,mesti akan TERkena macam ni punyer....
Pakcik: ye lah...ye lah...18 henggit!

Aku senyum sambil dlam hati cepat2 wat kira2: 22-7: RM 15, Rm15 + Rm 3 (surcharge) = RM18. Ok deal!
sambil hulur duit kat sipakcik..

terima kasih pakcik!!!!! ucap ku kuat2 sambil bukak pintu kereta.

Kerling jam. pukul 8.15pm!
dah lambat ambil anak!
dan...terlepas waktu Magrib.dem!!!!

Buat Pakcik: sudah2 lah tu. dah hampir 7 tahun aku kerja bank..hari2 kira figure juta-juta ringgit.
Takat kira2 22 henggit tu, toksah dok kencingg aku laaaaaaaaaaaaaaaaa....

p/s: agak2, kalo memang cenggini lah senario naik public transport, memang harus rasa neves ke?
kee...aku je yang over?? huahahaha

Wednesday, January 5, 2011

Tetibe Cameron Highland

Ini ialah entri super-duper peram.
Kejadian berlaku pada bulan.....emm....bulannnnnnnnnnnnnn..err....


ok.abai kan.


Yang pasti, hari tu ialah hari Sabtu, Atok dan Mak Long ada bertandang ke rumah kita.
lepas lunch, masing2 melepek depan TV,kemalasan...keboringan..kelemauan...sambil tengok satu dokumentari. Destinasi ialah Korea ( oh..idaman kalbu tu..bilalahhh nak sampai sana ek...).


TETIBE...


Babah: Best nyer kalau dapat jln2 kat tempat2 dingin cenggitu kan...
Mama: hmm....macam kat Cameron kan?
Babah: Cameron, jom!!!
Mama sengih sambil angkat2 kening.
Mama: Mak (atuk) nak p cameron tak?
Atuk: ikutlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mak Long: jomm!!!
Babah: OK dah. p siap cepat.packing baju.kita gerak pas Asar.
Hoye!hoye!!!! hehehe.............

Ni baru sampai Cameron...eh.. tak, sampai awal sikit,around 6.30..pusing2 bagai nak rak mencari hotel..
Hampir kul 9 baru dapat hotel.itupon hotel biasa2 je...biasalah..cuti sekolah kan....Pas check in, terus p Berinchang..ngappp..ngappp..ngaaapppp...then, ZzzzZZzzzZZzzzZZZz...


Ok lah. takkan nak wat wat entry ala-ala itenary skali ngan detail segala bagai pulak kat sini kan?ehehe...tepek gambau aje lah eh... cekidout!!

ooohh..Sangat neves bila nampak benda alah ini,ok... sebab Mia kalau naik ni, memang tak cukup seround...sampai tak mo turun!adehh....
Hah...past naik Otromen, nak naik Pikachu pulak... ish..ish..ishhhhhh....
Haaa... tengok?! Kantoi lagi sekali apabila terserempak dhn Helo Kity ni pulak di Raju's Strawberry Park....orang sibuk makan aiskrim dgn wafel, dia sibuk duk naik menda alah ni..ape daaaaa...
haaa.... kire, bape ekor ikan yang ada????

ngan Atok...wallaaweiiii...muka sgt lebaq berbanding muka atuk okeh! *demok!*

wah...Mak Long kemain hepi dapat menyoping sayur2 segar...dah.p balik masak! :p

Masih dengan tabiat yang sama...

Kami semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Ok dah. tu je nak update.cukup sebagai kenang2an..muahhsss ollssss!!

Sunday, January 2, 2011

2011

Selamat Tahun Baru olszzz!!!!

Tahun ni tak der azam.ok bye!



hahah...boleh ke macam tu? heeee...
hmm memang tahun ni tak der azam.bukan lah tak der langsung.cuma, berazam nak siap kan anything that I have in my plate currently with flying colours! waakakakaka...*nak jugak ayat poyo- with flying colours tu kan? -___-' *

Jadi, memang bukan so called azam sangat lah kan.walau sedikit ambitious.ye sedikit.
malas nak banyak2..wat sakit jantung je kalau tak accomplished! teettttttttttttttttttttt!!!

Dah lah. nak pegi bukak balik diary tahun lepas sambil baca sambil tutup sebelah mata dengan keluhan berat sebab pencapaian tak seberapa.bye!!