Wednesday, January 18, 2017

Bersiaran lagi kita.

Salam...

eh eh wahhh... semalam update hari ni update lagi??? wowww sangat.
ntah ada orang baca ke tidak, tak tahu lah kan.. lantok.kisah pulak aku kannnn.. haha

nak tau kenapa tetiba rajin update?
satu, sebab skang dah masuk opis, jadi lebih ada masa nak ngadap PC. kalau sebelum ni buat kerja kat rumah, memang payah lah kan, anak2 ni pantang kalau mak dia ada. Nak berkepittt je.huhuhu

Tapi rasanya, yang terpaling (???) turning point ialah, semalam sembang dengan sepupu. Pasal mak dia. which is mak sedara aku lah kan. Umur lagi muda dari mak aku, tapi Allah uji dengan penyakit lupa. Masa dia cerita tu aku rasa macam alahaiiii comel je. lepas masak, p masak lagi sebab lupa tadi dah masak. Lepas makan, p makan lagi sebab lupa tadi dah makan.hahaha
Tapi bila kenang2 kan balik, sekarang kakak mak aku tengah sakit. Keadaan nya agak kurang baik. Adik beradik lain semua pakat risau. Tapi dia je yang macam cool sensorang, tak menyedari apa yang sedang berlaku disekeliling. Come to think of it, aku rasa weyyyyyyyyyy ini lagi sedih. huhuhuhu.

so, here I am today, writing this. Mana la tau kan..kalau orang lain tak baca, mungkin aku sendiri yang akan baca for the sake of mengimbau kenangan lama. Even pada umur sekarang pun banyak yang aku lupa. Bila baca balik post2 lama its a kind of refreshment to me. As a reminder pun iye jugak.
Orang kata "barang yang lama jangan di kenang" tak semestinya tepat bagi aku. Kalau ko tak tengok belakang, mana ko nak tahu kesilapan semalam kau? macammana ko nak improve? kengkadang, perlu jugak take a step backward, to see the view from different angle. Dengan syarat, menoleh untuk kebaikan. betui ka tak betuii? haa..tengok,lama tak menulis mula la membebel sakan. hahah

Hari ni, Mak abah dan Kak Nor sekeluarga turun KL. HUKM to be precise, dorang pegi melawat Mak ndak. Tengok gambar Makndak hati jadi sayu. Nampak lemah sangat.Tak sabar nak tunggu sabtu. Semoga Allah permudahkan aku untuk ada kesempatan melawat Mak Ndak. dulu masa arwah Pak Ndak di hujung usia, aku tangguh nak balik perak beberapa hari. tuntutan kerja konon nya tapi tak kaya mana gak pun kerja sampai takmau cuti. huhuhuhuhuhu Masa tu arwah di Hospital Taiping. Aku sepatutnya nak pergi hari Rabu. Tapi sebab konon tak mau amik cuti banyak sangat dan nak tunggu kakak aku pegi sesama, aku delay sampai Sabtu. You know what, as soon as aku masuk je border Taiping, sepupu aku call ;

Ina, hang ada mana?sampai dak lagi?
Kami baru masuk Tepen ni. menghala hospital la ni.sapa ada sana?
ooo tak payah lah pi spital.Hang mai tg.Pendang teruih la
pasai apa??
hmmmmm...Pak Ndak baru ja abis usia sat tadi ni. Jenazah tengah dalam urusan nak bawak balik mai sini.

................
aku? meraung macam orang gila. Pak Ndak adalah ayah saudara yang paling aku sayang dalam dunia kut. Bukan aku tak redha cuma aku menyesal. Sampai skang aku sedih bila teringat.

Dah lah. aku nak log off. Mata kabuq penuh ayaq mata dah ni. T_T

toodles!

p/s: AlFatihah untuk arwah Pak Ndak.
       Mak Ndak, tunggu Ina ye..   :,(

Assalamualaikum...

Its been a while already.
haha.. 2 tahun, awhile ke??  tak kisah lah kan, yang pasti nya hari ni aku hepi sangat sebab dapat retrive balik blog berhabuk ni. sampai user email login pun dah lupa.hahaha sungguh lah kelaut dalam pergi nya.

and yeah, I am back!! last update masa Hafiy kecik lagi. Well, this little man is not so little anymore. Dah jadi abang pun. And here I am writing back again as a plot in our small dearly family. At least when I am no longer around to tell you story my dear children, you guys will always have this blog to read T_T . eh sedih sedih plak kannnnn.. Actually, mama pun kengkadang flip around jugak reminiscing our memory lane.gitu.
maaf lah bahasa rojak abit. dah lama tak menulis katanya.hahaaa

so.........................................

emmmm. tu je lah kut.aku kekok hoih   panas enjin katanya.huahahaha

Till then,

ta-ta :)

Wednesday, September 9, 2015

SQB Sakura Mask.



Assalamualaikum!!

Hari ni, nak share satu product best kebabooommm..iaitu Sakura Mask.

 Sakura Mask?? Ape tu? Bunga sakura ke? Iye..bunga sakura lah.yang glamour kat jepun tu..

Meh sini ahkak nak cerita.
Credit to : seqybeauty.blogspot.com

Pokok/Bunga Sakura amat disukai oleh masyarakat Jepun. Mereka suka rendamkan bunga Sakura dalam air garam dan beberapa lagi campuran lain kerana Sakura kaya dengan antioksidan dan asid caffeic yang mengukuhkan keupayaan badan untuk melawan kerosakan oksidatif.

Sakura memang sudah lama digunakan dalam perubatan dan juga dijadikan bahan utama dalam perlbagai kosmetik.

Apa itu Sakura Mask?


Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract  dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih optimum.

Beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan dalam Sakura Mask



Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty
1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Menyegar serta melembapkan kulit.
3. Mengurangkan bekas jerawat
4. Mengecilkan pori-pori 
5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
6. Membantu re-generasi kulit
7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
8. Mengeringkan jerawat
9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
11. Kaya dengan vitamin B
12. Mengurangkan selulit
13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
15. Merangsang pembentukan kolagen
16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal

Ingredients :
  
Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin

Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas.
(boleh digunakan pagi atau malam)

atau

2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.

*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.



*  *  *  *  *
☝☝☝

Best kan? Ok.. tu je nak share hari ni. Nanti kita citer lagi ok..

Nak kulit lembab pinkish pinkish comel kebabooomm?

Jangan lupa w.apps iolls ok: 019 307 5439 OK!

Thank you ☺

Jalan jalan Bukit Gambang Resort

Assalamualaikum!!

Minggu merdeka hari tu, ada bawak bebudak pergi Bukit Gambang.saja,buat bakar semangat kononnye.sebab 1 September tu, diorang akan start kat sekolah tadika baru. Jadi orang kuantan pulak la kita dik non..wihihi

So,pagi Khamis tu, bangun breakfast kemas beg.busuk kan perangai, mentang mentang lah dekat je destinasi,hari nak check in, hari tu gak la baru nak hegeh hegeh kemas beg.pastu tensen sensorang.apbt. T_T

Aku booking kat Carribean,melalui booking.com .senang sikit.suka tau booking.com ni.cepat dan pantas betul service dia.ambil 2 malam..so,sabtu check out. Saje pegi weekdays.dah tak keje,anak pun tak sekolah lagi tak payah nak merajin sgt lah pegi weekend kan.menambahkan umat jek.hehe

So,here we go!! Walau encik babah mcm tak puas hati.dekat je kottt..yang nak membazir tido hotel kenapa? Biar laaaaa... kesian kat bebudak.. nak bercuti. Duk hotel,feeling la sket kan. :p

So,sampai hotel terus check in. Then pegi safari! Bebudak ni kemain lah excited nak tengok lion..hehe
So, lets go!

Naik tram dulu..bayaran seringgit sahaja..
Kemain lah kan si Mia dengan Ica. Dalam tram tu riuh tanya itu ini. Hafiy? Hmmm..half way dah hanyut.pedulik la ko tengok lion ke..zebra ke hape kan..

Nak jadi cerita, dalam tram ni selipar kakak boleh putus.aduiiiii
Elok turun je tram, en.babah terus angkut Hafiy yg masih lagi tido.sandal ica,bagi Mia pakai..ica ??hmm.terpaksa lah mama dukung. Lebar sengih kamu yek. Ambik kesempatan betul.huhuhuhuuu

Memandangkan semua penat tak tido siang,jom la balik bilik.mama pun terpeleot gak rasanye mendukung kamu ica oii.huhu

Balik bilik,tido.setel.
Dalam hati mama ni,macam alaaaa..tp banyak lagi tempat tak pegi.alaaaa rugi bayar mahal.huhuhu..mujo mlm tu still boleh masuk.dengan syarat,wrist band masih belum ditanggal..

So, malam tu we all keluar semula. Ada pertunjukkan api, teater Tarzan..  fun jugak lah 😊


Budak kecik kaki selfie ni,ko hala je camera.terus tersenyum manja.hihi
Best jugak la tengok pertunjukan api.orang pun tak ramai..weekday kata ko.. 
Pastu, tengok Teater Tarzan.. tapi takde gambo.gelap sangat.huhu

Habis tu, kitorang sempat la pegi dekat Malay traditional home. Haih lawo betui rumah kampung ni.siap ada ayam itik, burung,itik ang yg garang melampau.haha..memang feel..


Semua ni pun cepat je habis.dalam pukul 9 dah off semua.makan??
Haaa..ni topik penting. Haha..makan is tak ada ok.mungkin sebab kitorang sampai dah lewat,and may be sebab weekdays kut.so kedai tak berapa ada.tak pe..kita keluar depan entrance Bukit Gambang tu.ada shop lot. Satay dia sedap ok 😉



Bergambar seround dengan cik lion..

Pas makan,balik bilik.TIDO ZZZzzzzzzzZzzZzzZZZZzz
 Owh.kitorang ambik bilik yang double.Mia n Ica tido bili sendiri,berdua.syabasssss

There goes our first day,here.

SECOND DAY.

Bangun,pegi breakfast dekat Arabian..sebelah jek pun.

Pas tu..hmmm..ape lagi? Waterpark la kita. 

 Highlight of the percutian kali ni.

Gambar memang tak banyak.semua bizi ngadap air,hehe

Balik tu,semua pun pengsan dan of course,ehem..legam.huhuhu
TENSEN!!

Tapi tak pe,Sakura Mask kan ada..hehe

Bukan takat mama nye saja yang pakai,budak budak ni pun kena sapu sekali.herghhh puas hati mak!

Kesian tengok,kulit memasing.pergh pergh perghhhhh..sun burn. 
Nanti,result dia iolls share yek.malas plak nak pi tangkap gambo hari ni.tido dah pun budak budak tu.heheww

Ok lah. Cerita check out tak yah karang la eh..huhuhu.ngantuk dah ni weh.

Jadi,on the very next Monday,selamat lah kakak mia n kakak Ica,enrolled ke sekolah baru. Walau muka terbako,senyum tetap lebar.syabas anak mak.kental!
Hahahahahaha.

Till then, see ya!






Wednesday, August 5, 2015

Selamat hari raya!!

Ola!!

Selamat hari raya uolls! Tu dia, punya lama tak update baq anggg 😊

Raya tahun ni lain sket. Sebab first time raya as unemployed person.. waaah gitu. Perasaan nye? Perrghhhh tenang babe. Tenang giler.. wahahaaa

Dah.layan gambar je lah eh.Tahun ni xde gambar proper 😑







Jadilah... buat panas enjin blog ni.

Harapnye, lepas ni makin rajin la .. ye dok???

Thursday, October 2, 2014

My little bam bamm

My little bambam dah 6 bulan dah. cepat kan, masa berlalu? So far, si kecik Hafiy ni memang tak banyak meragam.Such a good little boy, he is. Update sekarang, hafiy dah start nak merangkak. pantang letak kat bawah je, mesti angkat bontot, prektis nak merangkak. hehe Cume yang tak tahan nye tu, kadang dalam kereta pun beliau ni nak praktis jugak.sempit kot. bila tak selesa, mulalah nak menjerit marah.huhuhuh adoilaaaa dah gigih sangat kenapa ko ni dik..  T_T
 
 
 Ini gambar teacher hafiy anta ,dari taska... topi sape laaa yg ko rembat ni nak oiiiiiiiii ;P

Muka hepi pas mandi-sejuk2-kena bungkus kat taska

gambar ni pun teacher dia anta gak.
dah penat main, menjerit, praktise merangkak.. maka inilah hasilnye.. TIDO!
 
phew!!!
 
 
nota kaki:

Ya Allah, terima kasih atas anugerahMU ini Ya Allah... Terima Kasih kerana memberi aku suami,dan anak2 yang menenangkan hati ku Ya Allah... Moga kasih sayang ini berkekalan.. aminnn
 
To my dear lil Hafiy,
Jangan membesar cepat sangat, pleaseeeeeeeeeeeeeeeee
 
 


Tuesday, September 30, 2014

Mia's Sports Day

Okeh. *tiup habuk*
where to start?

Mia first Sport's Day.hergh.dah lama tak menulis kat sini, dah jadi super blurr..tatau dah nak intro cemana..huhuhu

Last month, Mia ada Sport Day, organized by her kindy, D'Sinar Bistari of course.

Mia masuk 3 acara. Aerobik dengan 2 acara sukaneka..


cee..gaya tanak kalah... baru start satu game, orang lain lari ke garisan penamat, dia lari keluar padang meluru peluk mama.hahahaha

Malu katanye. cikgu jerit nama dia kuat sangat T_T

Senam robik. lagu La Camisa Nera ko... huhuhuhu lembut lemah bemalai anak dara aku menari.tak sangka :D


All in all *mak ko dah ilang ingatan, maaf le kakak eh* dalam pukul doblas habis.
panas terik.muka berbelang.
anak happy tapi mak dia tensen sbb muka gelap.hahahaha... *macam putih sgt je ko, kan.puiiiiiiiiiiiii*

Oh yes, Qaleesya pun join gak hari sukan ni, tapi as an extra je la... sbb dia playschool je pun, menumpang kat sekolah kakak.

Makcik ni lagi lah, masuk acara music chair, bila music berhenti je, dia siap offer seat kat orang lain.
haih... murah hati anak aku ni. kuikuikuiiiiii