Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Bukit Tinggi Klang ke..Bukit Tinggi Pahang ??

There was a lame jokes few years ago. between me and my friends.Dia ni ada masaalah mental sikit, tak reti nak beza Bukit Tinggi Klang (Jaya Jusco) dengan Bukit Tinggi Pahang (Tempat peranginan).

Hari tu, kitorang cakap lah kan.. Jom pi Bukit Tinggi..nak shopping barang lah. Pastu dia reply: Ok Jomm..best jugak.dah lama tak pegi tempat sejuk2.. -_-"

On the other day: kitorang cakap- jom jalan2 makan angin Bukit Tinggi. pastu dia jawap: Ok best jugak.banyak sale tak ?

Aduilaaaaaaaaaaaaaaaaa..kejadah nye la ko ni kan??? pitam ok.hahahaha

Previous Weekend.

Rumah menerima ramai tetamu *suke*
Mak & Abah yang kebetulan singgah balik dari Perak.
They tagged along Makcik and cucu together with them.
Kak Shila & Abg Ya yang kebetulan nak hantar anak dorang balik Uitm Puncak perdana.

It was one meriah weekend, indeed.

Pagi tu bangun tido, sarapan mee goreng, masing2 termenung bertanya nak pegi mana ek hari ni..nak pegi mana ekk..???
Shopping complex? *boring*
picnic? *hujan laaaaaaaa*
Jalan2? *hmm....tapi ke mana ye..*

Say...Bukit Tinggi??? *ok siap!!!*

hahahaha...see. we took the decision as simple as that. *love*
aku ni biasa lah..memang malas sikit kalau banyak kerenah atau banyak cekadak.
the simple the better kot. :)

sampai je Bukit Tinggi. Hari redup.cuaca cantik sangat..dingin..sejuk..berangin..ewah.
First, kitorang pegi Japanese Tropical Garden dulu. Parking atas tutup. so kena park kat bawah la..huhuhu
jenuh gak lah menapak. Mujur cuaca best.so tak rasa penat mana pun lah sangat kan..

Half way up. bergambo dulu satu family. Mujo beli Milo tu. Mia terus bersemangat berjalan konon dia dah kuat sebab dah minum MILO.hahahaha....


Japanese Tropical Garden people.
 mari mak encek tunjuk kan apa yang menarik kat sini *feeling TV host tetibe*

Me loving this place. sangat peaceful..sejuk..serene..green...

Rasa macam nak buat rumah sebijik and stay kat sana.huhuhu..

Owh.. ini port bergambar yang nostalgic. Dulu pernah bergambo kat sini *takjumpaplak cari gambonye.cessss* Tapi masa tu Mia tak de lagi lah..huhuhuhuhuhu

Oh my.ada rupenye gambo ni dlm folder lama.hakhakhakkkk
This was taken at exactly the same place >_<
*Owh slimnye daku diketika itu hihiks*

Lepas tu, lunch 
Then, terus ke Colmar.

Presenting....*drum roll*  Model Colmar !!!!!


Elok-elok jalan half way kat sini, hujan turun tetiba. lebat pulak tu.adoiyaiiiiiiiiii
Aper lagi semua pun lari lah bertempiaran.hahaha
Tapi so sad lah sebab tak dapat nak really explore and semua cute2 stall yang tutup. *rugi*



Hujan dah reda sikit.renyai-renyai...


Mia tengok swan dari kejauhan je lah ye.nak pegi dekat, takuit. -__-'

Dari jauh je pun dah excited cenggini..kihkihkihhh



Eh.ni apesal tetibe gambo ni kat bawah pulak.hentam sajelah labuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


hahaha..malas dah nak susun. kasik belasah saje lah ye.



hehehe. ni masa memula sampai. Ekceli, beza budak Mia and Anas cume setahun je.
Mia masuk 4 tahun and him almost 5.tapi nampak mcm beza bertahun2 kan???huhuhu


Past keluar je dari colmar.hujan turun lebat gila. maka moh le kita pulang.huhuhu..tak dapat nak pegi rabbit farm ke ape ke.....


Tak pe la..later ada rezeki kita p explore kasik abis yeh?
pffffttttttttttttttt...






posted from Bloggeroid

Monday, November 26, 2012

Port Dickson

It was on one random weekend.. *ceaaa... awal2 lagi dah bagi ayat kaver line cerita peram pekasam*

Ah senang cerita, kejadian berlaku  pada suatu hari dihujung minggu yang aku pun dah tak ingat bila yang bahagia, di Port Dickson.

Macam biasa, it was just another unplanned episode of jalan-jalan.
hahaha..sounds so familiar kan? pasal kitorang ni memang suke wat perangai terjah menerjah nih. kalah Abang Rambut Ketak Melodi, okey?! -_-'

Cume bezanya kali ini kitorang tagged along some other crime partners with us. So, basically tak de la terjah sangat kan? huehehehe.. kitorang just discover the idea the night before and terus packing for tomorrow nye trip.

Hajat nye nak bawak bebudak mandi.

So, sampai je kat sana..dah lunch time.so, kita makan dulu.

Lepas makan, lepak2 tepi pantai. Pantai ni jauh sikit dari orang. Means, tak de orang sangat la.kalau ada pun maybe locals je kot. orang mandi lagi lah tak de. Tak pe. awal lagi.tengahhari kot..kan..so lets santai2 first.

Mia and arina..seronok bebudak ni dapat terlepas bebas cenggini.

Siap bentang tikar lagi.

masa ni behave lagi..semua duduk sopaaaaaan jek

Ehem. ahli pertama dah start terlentang dah.. ehehehe which was soon, followed by the rest. :p

Dah puas lepak semua, cari masjid and settled everything.

Pastu, baru laaaaa.. ke pantai. I mean, real pantai lah kan.

semua semangat nak terjun laut nih. aku tinggal kan dorang kejap cari selipar basahan

sekali???????






Dari kejauhan aku nampak ni.

whoaaaa....macam best..huhuhu

Sengih2..memang best le tu..

tengok jam. tak habis pusing lagi.
ok tunggu.
tengok jam.
aik? tambah lagi??

tak pa.. tak pa... tunngu sampai siap



dah abis je..
Jom minum...letih la..dahaga!



last2 nye lepak minum2 sampai petang...
No laut.No swiming.
cehhh..

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 21, 2012

Hari dating-dating

Hari dating-dating ye. bukan hari-hari dating..huhuhuhuuu

Isnin lepas aku cuti. Tak de menda sangat pun..saja suka-suka nak cuti..dating2 dgn husband.kuikuikuiiii
Lepas hantar anak semua p umah babysitter, hujan pun turun. Aku pandang en babah,dia pandang aku..

B:heh.. hujan le pulak. apa plan hari ni?
A: Ntah....tapi nak g jln...
B: ye la... jalan kemana..ni ambil cuti ni tak de pikir kan plan ke? (muke berkerut) ce kabo nak g mana?
A: emm...ina cuti nak keluar dgn abg.so, abg nak bawak Ina p mana?
B: -_-'

hahahahahaha.....mujo aku bijak twist keadaan.pasal aku memang cukup malas nak pikir nak kemana..nak makan ape.kedai mana.huahahaha

Last-last, dua-dua diam.
Terus drive sambil bersembang sakan..Lalu segala jalan segala traffic light..masuk highway.

errr.........nak ke mana ni ??
Asam Pedas Melaka jom!!! >o<
yipeeeee!!!!

Kitorang sampai Melaka ngam-ngam ho time lunch..perut pun tengah lapo. maka molek sangat lah kan..
Terus saja zasssssssssssss ke Dataran Pahlawan, parking kereta and cross the road ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Ini kali kedua kitorang makan kat sini. Sejak first time terkena  pekena Asam Pedas kat sini dulu, terus jatuh cinta sama ini kedai. memang superb woohhhhhhhhhhhhh.


 Oooohh.. Ini lah si cinta hatiku - Asam Pedas Kepala Ikan . ambil taip sambil lap air liur mata rindu kan cinta hati yang satu ini...
abaaaaaanggggggggggg.....weekend ni asam pedas lagi boley??? *Pangggggggggg!*

Selain asam pedas ada banyak gile lauk lain yang superb2 kat sini.
aku rasa macam nak pilih lauk sambil baling dadu je hari tu.pasal dah rambang mata.itu nak.ini nak..
huhuhuu...buruk perangai ok -_-'

ambik ketam jugak...Ketam ni pun sedap gile.emmmm..terasa2 kat tekak pulak.ceh


Udang tembam yang menggoda.auwwwwwwwwwwwwwwww
Eh sudah lah tu. Tensen pulak aku tulis pasal makan ni. dan-dan je lapo. huhuhuhu

Pas makan, terus ke dataran semula. Naik Menara Taming Sari.
Ini first time naik tau. Tak sangka En.babah approve untuk naik ni. pasal beliau ni takut tinggi  ada masalah gayat.hewhewhewwwwwww

Once dia cakap OK je, menonong le aku mencari tiket. Sebelum beliau menukar pikiran.kihkihkih

View dari atas, berketinggian 80 kaki.. boleh nampak town Melaka dari sini.
Harga tiket, biasa nya Rm15 per adult and RM10 per child kalau tak silap.
Tapi masa kitorang pegi tu, just RM20 for two of us. murah kan? mungkin sebab cuti sekolah atau sebab weekdays kot. tak pasti.


Kat atas menara tu, passenger coach (aku tatau nak panggil menda alah ni ape.belasah je la ye) tu akan berpusing 360 degree. So that, ko boleh nampak Melaka secara menyeluruh lah kiranya.
Ok la. quite interesting.

Tapi kejap benor kat atas tu.baru aku nak feeling di awang-awangan.eh??? dah nak turun dah? ciss
En.Babah kat atas tu senyapppppppppp je.
Masa dorang announce nak turun tu dia sempat bisik kat telinga aku.
'phew..lega.berpeluh buntut duk atas ni lama-lama'
Aku ingat kusyuk menghayati keindahan alam. Padehal????

Next station was Jonker Walk.Walau dah banyak kali sampai ke Melaka, tapi kitorang tak pernah jejak ke Jonker Walk.hahaha.. kesian tak? in fact, tatau pun ceruk mana lah Jonker Walk tu duduk.
mujo ada encik beca tolong hantar. cea kunun. caj nye, RM15 ok lah.boleh lah..walau hakikatnye, dekat nak mampuih je pun.cait!

Iya. kenalin ya.. bapak supir saya pada hari tersebut... keh keh kehhhh

Jonker Walk. Yeay.akhirnya aku sampai!! (pathetic gila :P)


Overall, aku suke Jonker Walk ni. Unik. Rasa macam berada disatu tempat yang lain sangat.


Loads of antiques!


Loads of kiut miut stuff
Ada Terompah.. ada kebaya Nyonya.. Next time pegi sana memang nak hunt for kebaya nyonya.
Tunggu slim sikit kihkihkih...mati laaa...sampai bebila le ko tak dapek pakai Na oiiiiiii   >-<"

Err.. hai En.Naga.. heh

Soft toys comey loteh
Air ape ntah. Comey kan?
stall yang ehem.kiut.


Balik dari Jonker walk, we just jalan kaki je.
Menyusur tepi bangunan lama berpegangan tangan..wallah.. tetibe feeling honeymoon kau! *pitammmm*

Then, cari air kelapa muda.minum2.
Hajat hati nak ke Klebang for Coconut shake yang glamour tu. Tapi dah lewat sangat. It was 5p.m oredi.


Bye2 Melaka.


Dari melaka, terus shoot kerumah baby sitter. Sampai around 6.30pm.
Sape cakap Melaka jauh? sape???? *ceaaa..tetibe sangat ko nak emo kan*

Ok.dah pukul 6. nak balik.
Bye!!!



posted from Bloggeroid