Showing posts with label aku taip sendiri. Show all posts
Showing posts with label aku taip sendiri. Show all posts

Monday, September 26, 2011

mencuba untuk...

yeah.
Mencuba utk tak tulis benda2 yang membuku kat hati di sini.
Walau pun ini ialah blog peribadi..By right, konsep : ' suke ati laaa blog aku, aku nak tulis ke nak merapu ke nak memaki ke...ko pedulik ape?!' boleh je kut nak di amal kan.
Tapi itulah. dah berjanji pada diri. 'DuniaIlhamku' adalah utk Ilhams mama. No negative vibes please...biarlah yang molek sahaja. yang manis utk dikenang. Yang pahit tu...tak yah la di abadi kan.tak perlu di kenang.... kalo boleh mau di lupakan terus.

Tapi, memang kadang2 susah. Cube kau senyum time ko sedih.Mesti rona senyum kau berubah rupe kan? tak pon, cube kau ketawa bila ko kena maki dengan bos.Boleh? tentulaaaa boleh...cume nada ketawa kau berlainan irama lah.macam tu jugak aku.
kadang2 ada banyak benda best yang dah berlaku n aku teringinnnnn sgt nak update kat sini.Tapi, at the same time, pada masa nak menulis tu ada benda tak best atau stress sedang berlaku. serta merta nafsu menulis akan padam.sebab? Aku tak reti nak buat ayat riang ria di kala jiwa aku sedih. Daripada tulisan aku fake,baik aku tangguhkan je.Tak kisah lah orang lain cemana..sbb skang aku cerita pasal aku..ape yang aku lalui dan apa yang aku rasa. clear???

haaaa.... tengok. dah macam nak ter-emo je pulak ayat kan?hahahha...sentap!

haih.seriesli. Aku tak tau apa yang aku taip sekarang.melalut dan merapu sangat ni.Sebab? Aku mmg tak tau entry ni utk apa.yang aku tau, aku mahu menulis.melepas kan sesuatu. apa yang aku taip pada masa ni mmg straight away dr hati.menggambarkan dari hati. kalau kau baca ni dan rasa serabut, macam tu jugak la serabut nya hati aku.serabut nya otak aku.yang pasti...aku akan terus menaip.mengikut bait2 yang keluar dari hati aku...biar lah berjela.aku tak kisah.

Depan aku, sekarang.masa ini, manusia2 sedang galak bercerita..

Dongak ke siling.kosong.
untuk apa aku kat sini?

tak de jawapan....
dah tarik nafas panjang2 dah..tetap tak de jawapan.
Orang kata bila byk oksigen masuk ke rongga,otak jd lebih clear.
Nampaknye teori tu tak berguna untuk aku kali ni.
sebab aku masih lagi rasa macam diawang-awangan...tak jejak bumi.
sesak.keliru.
Mana pergi jiwa aku yang kuat tu?
Mana pergi hati aku yang kental tu?
hari ni, aku hanya duduk tersandar.
melihat manusia yang mundar mandir dihadapan aku.
bercerita tentang sesuatu.
ketawa tentang sesuatu.
aku ada disitu.tapi jiwa aku tak bersatu.
apa yang mereka ceritakan?apa yang mereka katakan?
biarlah....mereka terus bercerita di depan aku.sedang aku sibuk menaip disini.
hakikat nya:
aku senyum...tapi aku tak paham butir bicara mereka.
aku menulis...tapi aku tak tau ape yang aku tulis disini.
sambung menaip.lagi dan lagi...

atau harus aku menelungkupkan muka dimeja dan berpura2 tidur?

Monday, November 22, 2010

pena dan kertas

Pernah dulu aku teringin menjadi seorang penulis.penulis novel.sebab aku lebih expresif di atas kertas.
Dulu kalau marah, lebih mudah dihamburkan segalanya di atas sekeping kertas, digumpal-gumpal sepuas hati dan dicampakkan kedalam kotak, diam di dalam laci.seminggu,dua minggu kadang-kadang berbulan dan bertahun.*itu kotak rahsia ye adik-adikkk...nak mati ke nak simply simpan kat merata2???huahahahaha...*
Tapi sekarang skill menulis sudah jatuh merudum.buat ayat pun kadang-kadang tunggang terbalik.sedih.
Mungkin sebab aku sekarang lebih ekspresif secara lisan kot.*cakap je lah kau tu laser.kan senang?! teheee...* jadi sudah jarang menulis.
Contoh nyer sekarang.taip-delete-taip-deleteeeeee....adeh. ayat serba tak kena.penyampaian pun kurang teratur.
Bak kata seseorang 'hidup kena move on,buat benda baru...baru lah maju' *eleh....kononlah kan..kau bercakap memang lah cam bagus.macam lah kau tu maju sangat..aku tengok ko duk melangut kat tempat samaaaaa je..dah boleh buat tukun pastu bungkus wat artifak dah pun!!!huahahahaaa...kan dah kata?aku laser?! adeh... =__=' *

Kesimpulan nyer. aku teringin nak menulis balik. Menjadi telus diatas kertas.Membuang rasa di mata pena,bukan di hujung lidah.
cemana????????

Monday, November 15, 2010

sekarang ialah masa KPI.

Kpi? hueheheh.. Its time again! aduh...peluh2 dah kepala otak memerah keringat nak refresh workload. ececeh..macamkan kau buat KPI 5 thn sekali kan nak perah2 bagai...?padahal.....tetiap tahun!huahaha.
dah submit draft tadi tu my boss... harap2 approved.dan boleh di update on line. dan boleh di approve lagik sekalik. dan boleh di close cased dan boleh di lupakan.tinggal lg nak tunggu result keluar aje. baper point yang dapat kau kutip. Helah..part point tu aku sikit pon tak heran.yang penting nyaaaa...bonus. baper digit kau dapat??!!! huahahah....
err....yang agak penting jugak, how does your bos evaluate you. Sebab, tak gunalah kalau kau je yang rasa kerja kau bagus, tapi orang len rasa mcm tahik.bluekkk... Nothing much to hope. Kalau ada rezeki lebih, Alhamdulillah...dapat lah renovate rumah baru lebih sikit *wink*wink* Kalau tak banyak pon nak wat camner... dah nama pon bonus.bukan nya gaji yg kita mmg fully entitle.kan? * ewahh-ewah...tulis bajet cam takder perasaan..padehal, dlm hati, mengharap jugak dapat double digit of the month kan?kan?kan? huehuehueee*
Utk mengurang kan tahap debaran atau pengharapan, masa time nak antar KPI tu, marilah nyanyi lagu ni beramai2 *dalam hati saja noo.....satgi bos ingat kita duk bersuka ria takder kerja lalu markah pon dipotong dadu.adeh!*

'Dimulakan dengan Bismilahhh...di sudahi dengan alhamdulillah...Begitulah sehari dalam hidup kita,mudah-mudahan diberkati Allah......'

ok lah lepas nyanyi terus insaf sampai tak mampu nak blogging lagi.bye!

Thursday, November 4, 2010

perhatian kepada pihak berwajib!

cube scroll bawah2 sket? pasan tak, lately ni entry kurang sesangat gambar?kalo ada pun, cume gambar lama...sebenarnye malas nak gebang-gebang kat sini tp bile scroll 2 blog orang, banyak gambar cantik2 cam sonok je.Tapi bila scroll blog sendiri??? uuuuuuuu..kepam habis! suram jer...dah lah entry pon jarang sgt berhupdet!

Ada camera, malas no rasanyer nak di usung kehulu-ke hilir *malu nak sakan snap sana sini sebenarnya.uuuhhhhhhhhhh sungguh la aku blogger tak tegar!huahaha*
Ada henpon??? hilaaaaaaaaaaaaaaaanggggggggggg!!! (*__*,) jadi, guna sajalah HP basic.takat boleh call n sms sudeh!

me: err..En.Babah Mia, sile lah tangkap satu enpon utk Mama Mia nih..Tp Tak mo pakai BB dah...nak yang biasa2 je pas nih.cam Iphone 4 ker....huahahah. Boleh aa amik gambar Mia bebanyak n tempek kat sini lagi...pleassseeeee.... (n__n)

HampehDotCom

Tadi cover jap kat client services helpdesk.cover line.eh..tak tak..cover staff la..pasal short handed.Maklum, esok Depavali,few take leave.yang tak ambil leave pon ter EL lah pulak.err..tp ni bukan topik utama entry ni okeh.* aper aku merapu ni aisssshh...*

angkat tepon.sorang amoi call, pasal Internet banking dia ader problem..blaa...blaa..bla...

aku: ok lah, nanti u just foward us the screen shot via email for further chceking, okeh.
Amoi:ok..ok..u gimme your email address ho...w..w..w....
aku: errr...miss, it is actually ******@c*mb.com..
Amoi:haaa???www apa?aiyaa...
aku: ini email address...got no www in front.
amoi:sure aaa??no www one?kalau tak sampai macammana??

kalau tak sampai sudah.kejadah haper email address mau started with www?ngong!huahahahaha!!!!!

Monday, November 9, 2009

Monolog aku- Serabut.

SERABUT.
sangat- sangat serabut.
aku serabut dengan engkau.
serabut dengan keadaan.
serabut dengan pandangan.
dengan tafsiran.
dengan anggapan.
mengapa begitu dan begini
walau aku tahu.
begitupun aku benci lagi bosan
melayan dengan kerenah yg menyesak kan.
walaupun aku muak dan keliru
berdepan dengan andaian
tanpa noktah.
sampai bila?
tak pasti.tak tahu
tak mahu tahu.
biarkan...biarkan...
biarkan....
aku mahu lepaskan tali itu.
mahu lepaskan beban itu
agar tiada lagi sesak
tiada lagi senak.
aku mahu itu.