Showing posts with label Mama Mia. Show all posts
Showing posts with label Mama Mia. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Mubarak..

1Ramadhan.

Puasa tahun ni agak berbeza. Infact,di pagi hari pertama berpose ni pun dah terasa kelainannye.

Ape tak nye,hari ni pepagi buta pun dah bertapa kat klinik.for en.babah n Mia yg tak sehat...ramai nye orang...perlu tunggu giliran ke18&19, baru dpt berjumpe doktor. Bunyi mcm kt klinik gomen je kan (no offense ye org gomen,tp mmg dah realiti nye cengituuu..kan?hehe) klinik ni mmg klinik feveret.servis bagus n doktor adalah super mesra.so kalau full house,mmg adalah perkara biasa lah kat sini.sigh...

10.00 am~br giliran ke10..haih....perut pun dah berbunyi2..pedih..Aduh laaa...baby,kan mama da pesan semalam? Baby kena behave sebulan ni sbb mama nak berpuasa..kita pose sesama ye sayang? (Heh.ye sgt la tu.br kul 10 da gelabahhh...)

Harapan nye semoga lengkap 30 hari puasa thn ni..lapar dahaga tu biasa lah kan. Apetah lagi kalau dgn stock selera jin dikala 6 bulan preggy ni kan?harus lah lebih tabah.huehehuhuhu... Cuma harapan nye,semoga tiada gastrik mahupun low blood pressure menyerang. Especially low blood lah..dia mmg suke menjenguk time2 peknen ni..sigh....

Puasa thn ni pun agak berbeza sbb kalau x de aral,cadangnye nak berpindah.kalo larat lah kan? Kalau tidak,terpaksa la mintak extend dulu. Tp yg pasti,thn ni adalah thn terakhir menjalani puasa kat rumah ni. Huiii..byk kenangan wohhh..dr zaman bujang dok sini. Sampai le berkahwin mengheret en Babah to move in.sampai la dah beranak pun...lama ke tak lama? Hmm..da sebati,kot. Cume tuan rumah je kami x pernah kenal.huahahahaaaa.... Ntah pa pe.

Eish.....tatau haih nak tulis ape...tak best sungguh blogging gune hp ni.rasa cam terbatas je.huhu..
k la...babai lah...makin ke laut je dah rasa merepek ni.

Eh.. Katanye tajuk Ramadhan..

Jadi, Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Bulan seribu keberkatan sejuta kerahmatan. Ya Rabb...izinkan aku merasai nikmat Mu lagi.setiap kali..Berkati lah kami. Keluarga kami,ibu bapa kami dan seluruh umat Islam..Semoga kami semua beroleh keampunan drMu Ya Tuhan. Amin...Ya Rab al-aminn....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, January 18, 2011

Mia: 1tahun 6 bulan !

Yeay!!!! dah vesar dah budak manja sorang nih..emm.... Makin banyak cekadak..
makin manja...
makin banyak songeh...
makin banyak keletah...
buat mama & babah kadang2 tersenyum sorang2 kat opis teringat Mia.
Rasa nak balik terus jumpa Mia.
Nak peluk Mia..
Nak sayang Mia...

Budak Mia manja nih...

Sekarang sudah makin suka makan...
Dulu?
hmm...susah nye nak makan.
Semua muntah...
perut Mia lambat terima solid food.
11 bulan baru mula nak makan.
lambat kan?


Buat hati babah risau
Buat hati mama gundah...
hmm......

Buah hati mama & babah sitopi merah ni...
sekarang ialah burung tiung babah dan mama..
mengajuk setiap perkataan..lagu dan gaya
buat mama&babah pecah perut ketawa....
gelihati dengan gaya mia bercakap.
lagak ber ia-ia bercerita.macamlah babah & mama faham setiap butir bicara..

Si manja mama & babah...

Semoga membesar dengan sihat dan gembira.

Terima kasih Tuhan.

atas pemberian MU yang tak terhingga ini..

terima kasih.

Thursday, November 4, 2010

perhatian kepada pihak berwajib!

cube scroll bawah2 sket? pasan tak, lately ni entry kurang sesangat gambar?kalo ada pun, cume gambar lama...sebenarnye malas nak gebang-gebang kat sini tp bile scroll 2 blog orang, banyak gambar cantik2 cam sonok je.Tapi bila scroll blog sendiri??? uuuuuuuu..kepam habis! suram jer...dah lah entry pon jarang sgt berhupdet!

Ada camera, malas no rasanyer nak di usung kehulu-ke hilir *malu nak sakan snap sana sini sebenarnya.uuuhhhhhhhhhh sungguh la aku blogger tak tegar!huahaha*
Ada henpon??? hilaaaaaaaaaaaaaaaanggggggggggg!!! (*__*,) jadi, guna sajalah HP basic.takat boleh call n sms sudeh!

me: err..En.Babah Mia, sile lah tangkap satu enpon utk Mama Mia nih..Tp Tak mo pakai BB dah...nak yang biasa2 je pas nih.cam Iphone 4 ker....huahahah. Boleh aa amik gambar Mia bebanyak n tempek kat sini lagi...pleassseeeee.... (n__n)

Sunday, October 31, 2010

Bos Baru

Been busy lately *cehh..macam lah ade org heran?! huahahah*

Tetibe hari ni rasa nak updet blog pulak *walau masih busy* -_-'

Sebab Bos baru masuk hari ini.Bos lama pulak sedang bercuti. Jadi, segala mak nenek Invoices, surat dan memo tatau nak lungguk kat sapa suh sign (eh...cemana nak eja sign bahasa melayu ek?ngokk nye lah!! :P).
Tak sure jugak if former bos dah hand-over task ke belom.
Tak sure jugak bos baru dah aware ke belom.
sigh...rasa mcm anak ayam ilang mak.headless kejap.

tak suke keadaan macam ni, bila tak der orang yang boleh decide.
tak suke bila keadaan tergantung macam ni, sebab end up kerja aku jugak yang terbengkalai
tak suke jugak bila semua dah draft tp tatau nak letak nama sape utk sign (masih tak ingat cemana nak eja..huhuhuh)kat sebelah nama aku.
tak suke bile task list aku semua open sbb end up aku yg macam nak pengsan kejar dateline sensorang.huaaaaaaaaaaaaa!!!!!

jadi,
wahai puan bos lama dan en.bos baru, interim boleh tak saya mintak bos-cinta-hati saya utk tanda tangan ( baru perasan tak der ejaan 'sign' in malay.but it should be 'tanda tangan'.*nangis!!!* ) kat semua kertas2 nukilan saya tuh?????

huiiii..busy nyer bos tecit nih..banyak sungguh document beliau... :P

Tuesday, October 5, 2010

Double CHEESE Burger

semalam, ambil Mia dari rumah baby sitter.. macam biasa, bila nak balik akan ada sesi lambai melambai pluss flying kiss between Mia n the baby sitter n the kids.

Then, masa nak balik tu tetibe dengar suara menyampuk dari atas ( It was from Faiq, the babysitter's son)



" bye bye double cheese burger!!!!!"



hoh?hoh? Did he just called my dotter double cheese burger? hahahaha.. what a cute nick name!

*adeh!tetibe pewot pon berbunyik-bunyik panggil... dabel ciss berger...dabel ciss begerrr.... -_-"

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya!!!

Hari ni last kerja, before bercuti raya.mmg tak der mood lah nak kerja...kepala asyik ingat nak cuti jer.hehehe
Alhamdulillah, setakat ni persiapan raya dah siap kot..ala kadar saja. beli baju sepasang dua utk diri sendiri, baju mak,abah and in laws..sikit kuih raya utk bawak balik kg, baju babah and of course, baby Mia! hmm baju dak tecit ni, mmg wajib lah kan.. kata nak tlg mama collect duit raya..ngagagagagagaga... tak senonoh!

Haih, nak tulis apa yer? Tadak idea. otak lemau.mata berat.ingat nak cuti saja.12 hari! haa...lama ker tak? sonok nyer, dapat bekepit ngan mia lelama... hehehe

Ok lah. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin!! selamat memandu dgn cermat. jangan makan by sgt nanti demok! (pesanan ukhas utk diri sendiri..)hehehe.

Tapi nanti kalau pi beraya rumah orang dan terjumpa biskut yang diperbuat dari serbuk almond ni,agak-agaknyer sampai hati tak nak geget? :P
-
-
-
-
-
-
-
-




















Homaigodd...comei nak mampus!

*tq en,google!*

Tuesday, August 17, 2010

New Born Baby..

Amaran: Ini adalah entri kepam.. kejadian took place before puasa..ngehngehngehh...

A week before puasa, we went to my best frens house, Ayue at Penjara Sg.Buloh.Nak melawat baby dia yang baru lahir....hmmm chomeinyer... teringat Mia masa memula lahir dulu..halus jer.hihi...
Well, since ini adalah entri kepam, segala detail pun dah luper, so kita tempek gambar je la eh...ehehehehe
Presenting...Mohd Aqif Bin Mohd Faizul !!!!

heheh..comei tak? wah wahh wahhh termenung di kejauhan anak teruna ni.

Another version of posing by Aqif


me and besties, Ayue...

To my dear Ayue,
selamat jd mak orang,
selamat jaga anak,
selamat berabak mata masuk opis nanti
selamat berpuasa & Selamat hari Raya!!! eh.

Thursday, June 17, 2010

kamu yang comel

Frust la.ada satu baju baby yang super cute tapi dah sold out 3 bulan lepas.x sempat beli.puas cari,tengok-tengok semalam ada restock.banyak. 6 pcs semuanya.
Pagi ni, bukak blogshop tu dengan semangat yang tinggi dan hati berbunga.teringin nak tgk si manja-montel mia pakai baju tu.tapi tengok-tengok...dah SOLD OUT??!!
Frust!frust!frusttttt!!!! :(


wahai si baju comel,semoga saya dapat jumpa awak di jual lagi.pelissssss....sobs

Thursday, June 10, 2010

Beri sayang untuk mendapat sayang

Hari ni hari jumaat.jadi mari kita insaf.
Ehh bukan.sebenarnya, hari-hari pun kena insaf.tapi boleh lebihkan sedikit dihari jumaat. Bukankah jumaat tu penghulu segala hari?
bukan kah pepatah omputih (ceh sekular kejap T_T ) selalu mengatakan..'Follow the leader? '
ye...mari kita lebihkan keinsafan dihari Jumaat.Semoga hari lain akan mem'follow keinsafan di hari ini (faham apa yang saya tulis ni? Mia...? paham?tak pe.. nanti lg 10 thn, Mia boleh tanya mama ok?) :)
Jom, kita ramai-ramai mencuci hati...
sakit hati dengan orang-orang dipejabat? maaf kan..
sakit hati dengan orang-orang yang rasa-macam-dia sorang saja ada perasaan yang sensitif-tapi selalu lupa-orang lain pun ada perasaan jugak..-? maaf kan..
sakit hati dgn rude driver yang main mencilok tapi tak bagi lampu signal-walaupun masa beli kereta memang kedai kereta tu dah siap-siap bagi-free lampu signal.-?maafkan...
sakit hati dengan makcik cafe yang hari ni caj mahal-tapi semalam caj murah padahal amik lauk yang sama sahaja-..? maafkan...
ye.banyak perkara yang boleh buat kita sakit hati. dan banyak benda jugak yang kita buat sedar atau tidak yang buat orang lain sakit hati.

Jadi MORAL nya: aku tak sempurna.kau pon sama. jadi, apa kata kita saling maaf-memaafi. boleh?
Bak kata Dr Fadzilah Kamsah:
"Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan / orang lain benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci"

RanDom: ok anak-anak....renung-renungkan.dan selamat beramal! ( eh..apasal mcm tersalah 'ustaz je nih) :P

Thursday, June 3, 2010

kucing dan kembiri atau Castration?

Saya dan En.hubby adalah pencinta kucing tegar. Sejak Pitt dah 'pergi' saya tiada lagi kucing.kami ader cuba membela Boboy sebagai ganti.tapi Boboy pun dah hilang, diculik org. tp itu dulu.. diawal usia perkahwinan kami.
sekarang, rasa rindu memeluk kucing datang lagi. teringin sgt nak ada kucing tp agak risaukan bayi yang masih kecil.(takut bulu kucing tak elok utk baby, ye). Pernah cuba memelihara arnab, masa tu Mia masih berusia 4 bulan. baru pelihara 2 minggu, arnab a.k.a Bebit diserahkan kepada kawan diopis kerana kurang kasih sayang.saya dan suami sangat sibuk. Mia juga masih terlalu kecil n demand for a lot of attention. Bebit juga masih baby yang perlu dimanja dan di jaga rapi. Kasihan kan si baby arnab yang takut2 kekurangan kasih sayang, saya dgn berat hatinya menyerahkannya kepada kawan. Alhamdulillah, Bebit sekarang semakin manja, sehat,gemok buntal gebu dan juga diberikan partner baru: Bunny. TQ Linda, sbb sudi memberikan kasih sayang pd Bebit! hehehe
Baru-baru ini En. Hubby ader menyuarakan hasrat untuk memelihara kucing lagi.- err..tindakan memberi makan pada kucing-kucing terbiar dikawasan rumah kami pada setiap hari bukan di kira sebagai memelihara,ok. memelihara disini ialah kami ingin mempunyai kucing yang kami boleh namakan dgn nama2 manja dan comel. yang boleh dipeluk cium kendong hari-hari. yang ada tempat tidor dan pinggan makan sendiri di dapur kami.itu dikira memelihara.ok.tp bimbang akan tabiat kucing yang mungkin akan mengatal dan bergaduh sehingga terberak kencing di dalam rumah.tak elok untuk baby.takot bulu gugur.tak elok untuk baby.
Saya cadangkan, cari kucing yang bulu x gugur, jaga pemakanan kucing. Insyaallah, bulu dia akan sehat dan tak bersepah terabur merata-rata. Selain menjaga pemakanan, saya ada juga terdengar mengenai kembiri atau Castration. Tapi ok ker?
google-google, adalah terjumpa article ni.. jom baca sama-sama!
-------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu'alaikum wbt ,

Mak-ayah saya minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.

terima kasih.

******************************
Postby pendekar »

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .

Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :

Kasi = Kembiri = Castration

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi - tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

MASALAH MENGEMBIRI KUCING :

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita .

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh)


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN

AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH ( Jilid 4 , ms 2649 ) – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily.
Posted by aizuddin at 7:01 PM


-------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm.... macam mana yer? harus la saya memaksa en. Hubby membaca artikel ni.hmmmm
ok, sebelum tu kat sini ada few pic kucing2 kesayangan...


Omel..Omel..Omel..


Manja.mengada.membunkang


Aduii..kacak nyer...



Boboy~ seketika lepas mandi selepas saya ambil dia di gerai makan di UITM.kesian...kurus.sejuk.bersendirian.....



Kesejukan..hehehehe



Comey kan, dia??



Sooooo Comey.sampai kena culik. :(


saya rindu.

Wednesday, May 26, 2010

3 malam...

Dah 3 mlm Mia batuk2..
dah 3 mlm Mia selsema..
dah 3 mlm Mia x nyenyak..
dah 3 mlm Mia bgn mlm2 nangis2.nak mama pujuk.
Dan hasilnyer..
Mama membawa sepasang donut di mata ke office. ~ Tahniah!~

Tuesday, March 2, 2010

EMO.

Aku sedikit emo hari ni. tatau kenapa..aduii..kadang aku letih.penat. melayan kerenah kerja...kerja? ummm.... kerja aku, aku bpleh handle...no prob! yg aku letih, ialah melayan kerenah manusia2 yg byk kerenah... aku penat melayan mood org yg tak menentu....itu ini,begitu begini.. watde hel?!

Tp bile aku emo...bila aku tgk ni. sure aku tersenyum...hati berbunga-bunga..



My cutie baby. Thank you for making your mama and babah smile, for cheerishing our day and for all the enrichment of love in heart. Luv you dear!

Friday, January 22, 2010

EL day


Im taking El today coz Mia is suffering for a fever. 37.4 degrees is not a funny thing.i guest..

kesian...

Last nite, me and hubby took turns ( which is more on me,actually.hehehe) to look after Mia as we discovered her body temperature is high around 3.ooam...hmmm, memang rabak jugak la mata dibuat nye... well, poor Mia.

She is teething now... and even start to crawl!


Few pics of Mia...

Budak demam ~ tgh panas enjin nak start nangis....hahaha

Wednesday, December 23, 2009

Sebab-sebanyer ialah...

Dah lama rasanyer tak update blog. bukan tak mahu update, cuma kurang berkesempatan ( alasan cliche). Jadi utk mengurang kan rasa tak best - sbb lama tak updet blog-, saya list down kan kat sini sebab musababnya..
1) baru tukar team - byk gila babi keja pasal team tu shorthanded
2) year end - byk cuti.tp keja tetap melambak, tanpa cuti
3)kabel ilang- x bleh upload gambar ( x suke!)
4)malas ( mmg a bleh ditolong ah..)

till then..... bersambung lagi len kali.

p/s: Mia skang dah pandai menerap n start angkat2 badan..nak merangkak pulak...heheh
Muaaahhhh! love you, baby!

Wednesday, November 4, 2009

Mia dah 4 bulan!

Bangun pagi ni dengan perasaan berbeza.cube lupakan keserabutan semalam.
yeah...you go,girl!
Toleh kiri..my lil princess masih nyenyak di buai mimpi..ohh ohhh...Mia dah 4 bulan!
Senyum lagi.
Tuhan, semoga ketenangan pagi ini berkekalan... aminnnn...

ok. enuff of all negative energy!
*(**

We're back to Mia's page..kat bawah ni ader few pic Mia yg baru.. Mia and babah..mama is the tukang snap.hehehe....

Name: Ilham Qarmeela bt Mohd Kamil
Umur: 4 bln
Hobi: buat bunyi2-an, menjerit, ketawa ( mengekek-ngekek), bergurau dgn mama n babah, belek tangan sendiri, response / dengar babah main gitar, melompat.
Suka: susu, nestum, loceng, Bobo d bugs, pinky d rabbit and Mr dolphin.








borak aper ntah!








Tekun membelek her pacifier ~ sampai muncung2 molot!


Manja sungguh!
***
Having Mia in our marriage live is meant a lot to us.
we are happy.
we are blessed.
we are family.
we love and rely on each other.
Thank God !

Sunday, October 18, 2009

Open house 2

Masih dibulan Syawal.Kronologi rumah terbuka semusim bersambung lg.. let's go!

Masih sempat lg singgah di Subang parade. Ini bukan sesi open house tapi sesi open wallet.And the gud news is, it is babah's wallet yg perlu dibuka.ngeeee....


Emm....jauh nyer open house..Mia sempat lelap-God.knows.for.how.many.times- buka mata..aik?tak sampai lg?tido lg laaa..ZZzzzZZZzzzZzzzzzZZzzzz.......
uhuk-uhuk-uhuk...batuk.
tido lg.
Mia and family ader byk jemputan open house minggu ni..sampai terpaksa benti kat jln to change diapers-yg.dah.penuh- tu.
Muka sebelum tukar diapers ~ sgt ketat ok.

Ini gambar Mia.
gambar ni takder kena mengena dgn entry open house..Entry open house hanya bermula selepas gambar ini.kenapa? saja...tanpa sebarang niat.
Minggu ni, Mama n babah bawa Mia pg open house lg..Mama mmg suke pegi open house ( sebagai alasan terbaik utk meng'escape'kan diri dr perihal masak-memasak) serta beramah mesra sesama manusia. Tak byk sgt gambar yg sempat mama snap sbb sibuk beramah mesra (dan sebuk menceduk juadah yg disediakan) di rumah terbuka. Anyway, Terima kasih utk Nurul, Rajes, Liza, Nik, Kak Siti, Vasu, k.Zie and Ija sbb menjemput..Makanan sumer best2..Yg mana Mia n family tak sempat dtg tu, mintak maaf ye...and TQ sebab sudi jemput Mia n family.
Best!

Gambar 3 jelitawan.susunan mengikut tahap kejelitaan adalah dari yg paling depan ke belakang (fakta: yg paling depan adalah yg paling jelita)
hehehe..

Auntie Ila n Auntie Shikin-bukan.model.YEOS laici- tgh sengih2 lepas mkn...suke la tu,dah kenyang..tak caya? -sila lihat kekiri sikit.nampak tak pinggan dia licin??
~Mia baby.Baby tak pandai menipu.

This is auntie Nanie wif Auntie Rajes ( hahahaha...sumer da jd auntie..sila jgn perasan mude.ok?)
Ok.Entry rumah terbuka ditutup disini secara rasmi.titik.

Monday, October 12, 2009

Open House 1

Macam biasa, dlm bulan Syawal ni byk rumah terbuka.. last weekend, kami sekeluarga was invited to Auntie Linda's house at Nilai. Auntie Linda is Mama's office mate @CIMB. Jauhkan dia berulang alik everyday to her working place.. Anyway, thank you for all of the dishes prepared on that day... Thn depan buat lagi k..hahaha
Lepas pg rumah Auntie Linda, we shooted back to Shah alam sbb Mama+ babah's fren, Auntie Ijan and family dtg dr Melaka..At the same time, we lepak jugak dgn Babah's good fren, Uncle Jamil n fiancee.we chit-chatting there sampai petang.best!
And for that day, Ini je gambar yg mama sempat snap..
Ni la auntie Linda..Auntie Linda and husband are very nice people..Tq...nanti jemput Mia mkn2 lg tau! ;D
Mia with auntie Shikin and auntie Ila..eh..mana auntie Nani? - dia tak masuk dlm gambar ni..x muat..heheheheheee....


After finished our makan2 activity, kami balik semula ke s.alam sbb Ijan nak dtg rumah.memandangkan we ourselve are not available at home, we decided to meet them out side.kat Kedai Kopi - Tempat Mama & Babah selalu lepak sesama dulu...hahaha
Sementara tunggu Uncle Jamil N auntie Hafsa sampai kat Kedai Kopi, we posing2 dulu la kat taman Tasik tu.. Our small lovely family... ;)


Okay..pose Mia..Pose... ~ lidah jgn kuar ~ ..hee...



Haa..mcm ni lah.... love this pic very much!




Love this pic juge...





Shape of My Heart..



Mia with her blank expression... letih jln2 eh? cian...



This is Ijan family.Sonok sgt dapat jumper Ijan - my beloved.best fren.ever- and baby syikin yg da makin montel and oso Man ( yg da gelap sbb training polis lama sgt.hehehe...) tq sbb sudi turun dr Malacca.

Masa lepak dgn auntie Ijan's family, Mia pun hepi sgt sbb dpt jumper uncle jamil and auntie Hafsah ( ala...mama luper lak snap gambar dorang...) yg happening..hehehe.. nanti we all lepak'ing lagi ramai2 eh.
Next week banyaaaak lg Raya's open House and Depavali's Open House. Nnt kiter sambung lg k kat Open House 2 ( wah...sakan.siap ader siri lagi...huhuhu!)

Tuesday, October 6, 2009

Majlis aqiqah and cukur jambul

Pada 07 Syawal yg lalu, majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul Mia telah selamat disempurnakan.Alhamdulillah....
Tak mo citer panjang, layan je la few pics kat bawah ni..
The princess of the day ~senyum....

Babah bwk Mia round2 utk dipotong jambul.



Babah ckp : Mulut Mia riuh membebel masa bwk round potong jambul.tak reti nak diam lgsg..hehehe





The Marhaban group ~ terima kasih kerana memeriahkan lg majis Mia... :) sekitar majlis kenduri aqiqah...-is a makan time!!!yee haaa..



Selepas majlis cukur jambul, we found that rambut mia yg nipis lagi seciput itu sangat kelakar ( berlubang disana-sini) lalu mengambil keputusan to clean it up.dgn harapan, the new hair will be better and lebih lebat.. check it out! proses membotak kan Mia is going on....


and on.......


And here we go.....the new looks of Mia -botak.heeee

sekarang Mia is officially botak..nampak sangat nakal ok.hehehe