Wednesday, January 18, 2017

Bersiaran lagi kita.

Salam...

eh eh wahhh... semalam update hari ni update lagi??? wowww sangat.
ntah ada orang baca ke tidak, tak tahu lah kan.. lantok.kisah pulak aku kannnn.. haha

nak tau kenapa tetiba rajin update?
satu, sebab skang dah masuk opis, jadi lebih ada masa nak ngadap PC. kalau sebelum ni buat kerja kat rumah, memang payah lah kan, anak2 ni pantang kalau mak dia ada. Nak berkepittt je.huhuhu

Tapi rasanya, yang terpaling (???) turning point ialah, semalam sembang dengan sepupu. Pasal mak dia. which is mak sedara aku lah kan. Umur lagi muda dari mak aku, tapi Allah uji dengan penyakit lupa. Masa dia cerita tu aku rasa macam alahaiiii comel je. lepas masak, p masak lagi sebab lupa tadi dah masak. Lepas makan, p makan lagi sebab lupa tadi dah makan.hahaha
Tapi bila kenang2 kan balik, sekarang kakak mak aku tengah sakit. Keadaan nya agak kurang baik. Adik beradik lain semua pakat risau. Tapi dia je yang macam cool sensorang, tak menyedari apa yang sedang berlaku disekeliling. Come to think of it, aku rasa weyyyyyyyyyy ini lagi sedih. huhuhuhu.

so, here I am today, writing this. Mana la tau kan..kalau orang lain tak baca, mungkin aku sendiri yang akan baca for the sake of mengimbau kenangan lama. Even pada umur sekarang pun banyak yang aku lupa. Bila baca balik post2 lama its a kind of refreshment to me. As a reminder pun iye jugak.
Orang kata "barang yang lama jangan di kenang" tak semestinya tepat bagi aku. Kalau ko tak tengok belakang, mana ko nak tahu kesilapan semalam kau? macammana ko nak improve? kengkadang, perlu jugak take a step backward, to see the view from different angle. Dengan syarat, menoleh untuk kebaikan. betui ka tak betuii? haa..tengok,lama tak menulis mula la membebel sakan. hahah

Hari ni, Mak abah dan Kak Nor sekeluarga turun KL. HUKM to be precise, dorang pegi melawat Mak ndak. Tengok gambar Makndak hati jadi sayu. Nampak lemah sangat.Tak sabar nak tunggu sabtu. Semoga Allah permudahkan aku untuk ada kesempatan melawat Mak Ndak. dulu masa arwah Pak Ndak di hujung usia, aku tangguh nak balik perak beberapa hari. tuntutan kerja konon nya tapi tak kaya mana gak pun kerja sampai takmau cuti. huhuhuhuhuhu Masa tu arwah di Hospital Taiping. Aku sepatutnya nak pergi hari Rabu. Tapi sebab konon tak mau amik cuti banyak sangat dan nak tunggu kakak aku pegi sesama, aku delay sampai Sabtu. You know what, as soon as aku masuk je border Taiping, sepupu aku call ;

Ina, hang ada mana?sampai dak lagi?
Kami baru masuk Tepen ni. menghala hospital la ni.sapa ada sana?
ooo tak payah lah pi spital.Hang mai tg.Pendang teruih la
pasai apa??
hmmmmm...Pak Ndak baru ja abis usia sat tadi ni. Jenazah tengah dalam urusan nak bawak balik mai sini.

................
aku? meraung macam orang gila. Pak Ndak adalah ayah saudara yang paling aku sayang dalam dunia kut. Bukan aku tak redha cuma aku menyesal. Sampai skang aku sedih bila teringat.

Dah lah. aku nak log off. Mata kabuq penuh ayaq mata dah ni. T_T

toodles!

p/s: AlFatihah untuk arwah Pak Ndak.
       Mak Ndak, tunggu Ina ye..   :,(

Assalamualaikum...

Its been a while already.
haha.. 2 tahun, awhile ke??  tak kisah lah kan, yang pasti nya hari ni aku hepi sangat sebab dapat retrive balik blog berhabuk ni. sampai user email login pun dah lupa.hahaha sungguh lah kelaut dalam pergi nya.

and yeah, I am back!! last update masa Hafiy kecik lagi. Well, this little man is not so little anymore. Dah jadi abang pun. And here I am writing back again as a plot in our small dearly family. At least when I am no longer around to tell you story my dear children, you guys will always have this blog to read T_T . eh sedih sedih plak kannnnn.. Actually, mama pun kengkadang flip around jugak reminiscing our memory lane.gitu.
maaf lah bahasa rojak abit. dah lama tak menulis katanya.hahaaa

so.........................................

emmmm. tu je lah kut.aku kekok hoih   panas enjin katanya.huahahaha

Till then,

ta-ta :)

Wednesday, September 9, 2015

SQB Sakura Mask.



Assalamualaikum!!

Hari ni, nak share satu product best kebabooommm..iaitu Sakura Mask.

 Sakura Mask?? Ape tu? Bunga sakura ke? Iye..bunga sakura lah.yang glamour kat jepun tu..

Meh sini ahkak nak cerita.
Credit to : seqybeauty.blogspot.com

Pokok/Bunga Sakura amat disukai oleh masyarakat Jepun. Mereka suka rendamkan bunga Sakura dalam air garam dan beberapa lagi campuran lain kerana Sakura kaya dengan antioksidan dan asid caffeic yang mengukuhkan keupayaan badan untuk melawan kerosakan oksidatif.

Sakura memang sudah lama digunakan dalam perubatan dan juga dijadikan bahan utama dalam perlbagai kosmetik.

Apa itu Sakura Mask?


Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract  dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih optimum.

Beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan dalam Sakura Mask



Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty
1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Menyegar serta melembapkan kulit.
3. Mengurangkan bekas jerawat
4. Mengecilkan pori-pori 
5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
6. Membantu re-generasi kulit
7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
8. Mengeringkan jerawat
9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
11. Kaya dengan vitamin B
12. Mengurangkan selulit
13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
15. Merangsang pembentukan kolagen
16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal

Ingredients :
  
Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin

Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas.
(boleh digunakan pagi atau malam)

atau

2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.

*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.



*  *  *  *  *
☝☝☝

Best kan? Ok.. tu je nak share hari ni. Nanti kita citer lagi ok..

Nak kulit lembab pinkish pinkish comel kebabooomm?? 

Jangan lupa w.apps iolls ok: 019 307 5439 OK!

Thank you ☺

Jalan jalan Bukit Gambang Resort

Assalamualaikum!!

Minggu merdeka hari tu, ada bawak bebudak pergi Bukit Gambang.saja,buat bakar semangat kononnye.sebab 1 September tu, diorang akan start kat sekolah tadika baru. Jadi orang kuantan pulak la kita dik non..wihihi

So,pagi Khamis tu, bangun breakfast kemas beg.busuk kan perangai, mentang mentang lah dekat je destinasi,hari nak check in, hari tu gak la baru nak hegeh hegeh kemas beg.pastu tensen sensorang.apbt. T_T

Aku booking kat Carribean,melalui booking.com .senang sikit.suka tau booking.com ni.cepat dan pantas betul service dia.ambil 2 malam..so,sabtu check out. Saje pegi weekdays.dah tak keje,anak pun tak sekolah lagi tak payah nak merajin sgt lah pegi weekend kan.menambahkan umat jek.hehe

So,here we go!! Walau encik babah mcm tak puas hati.dekat je kottt..yang nak membazir tido hotel kenapa? Biar laaaaa... kesian kat bebudak.. nak bercuti. Duk hotel,feeling la sket kan. :p

So,sampai hotel terus check in. Then pegi safari! Bebudak ni kemain lah excited nak tengok lion..hehe
So, lets go!

Naik tram dulu..bayaran seringgit sahaja..
Kemain lah kan si Mia dengan Ica. Dalam tram tu riuh tanya itu ini. Hafiy? Hmmm..half way dah hanyut.pedulik la ko tengok lion ke..zebra ke hape kan..

Nak jadi cerita, dalam tram ni selipar kakak boleh putus.aduiiiii
Elok turun je tram, en.babah terus angkut Hafiy yg masih lagi tido.sandal ica,bagi Mia pakai..ica ??hmm.terpaksa lah mama dukung. Lebar sengih kamu yek. Ambik kesempatan betul.huhuhuhuuu

Memandangkan semua penat tak tido siang,jom la balik bilik.mama pun terpeleot gak rasanye mendukung kamu ica oii.huhu

Balik bilik,tido.setel.
Dalam hati mama ni,macam alaaaa..tp banyak lagi tempat tak pegi.alaaaa rugi bayar mahal.huhuhu..mujo mlm tu still boleh masuk.dengan syarat,wrist band masih belum ditanggal..

So, malam tu we all keluar semula. Ada pertunjukkan api, teater Tarzan..  fun jugak lah 😊


Budak kecik kaki selfie ni,ko hala je camera.terus tersenyum manja.hihi
Best jugak la tengok pertunjukan api.orang pun tak ramai..weekday kata ko.. 
Pastu, tengok Teater Tarzan.. tapi takde gambo.gelap sangat.huhu

Habis tu, kitorang sempat la pegi dekat Malay traditional home. Haih lawo betui rumah kampung ni.siap ada ayam itik, burung,itik ang yg garang melampau.haha..memang feel..


Semua ni pun cepat je habis.dalam pukul 9 dah off semua.makan??
Haaa..ni topik penting. Haha..makan is tak ada ok.mungkin sebab kitorang sampai dah lewat,and may be sebab weekdays kut.so kedai tak berapa ada.tak pe..kita keluar depan entrance Bukit Gambang tu.ada shop lot. Satay dia sedap ok 😉



Bergambar seround dengan cik lion..

Pas makan,balik bilik.TIDO ZZZzzzzzzzZzzZzzZZZZzz
 Owh.kitorang ambik bilik yang double.Mia n Ica tido bili sendiri,berdua.syabasssss

There goes our first day,here.

SECOND DAY.

Bangun,pegi breakfast dekat Arabian..sebelah jek pun.

Pas tu..hmmm..ape lagi? Waterpark la kita. 

 Highlight of the percutian kali ni.

Gambar memang tak banyak.semua bizi ngadap air,hehe

Balik tu,semua pun pengsan dan of course,ehem..legam.huhuhu
TENSEN!!

Tapi tak pe,Sakura Mask kan ada..hehe

Bukan takat mama nye saja yang pakai,budak budak ni pun kena sapu sekali.herghhh puas hati mak!

Kesian tengok,kulit memasing.pergh pergh perghhhhh..sun burn. 
Nanti,result dia iolls share yek.malas plak nak pi tangkap gambo hari ni.tido dah pun budak budak tu.heheww

Ok lah. Cerita check out tak yah karang la eh..huhuhu.ngantuk dah ni weh.

Jadi,on the very next Monday,selamat lah kakak mia n kakak Ica,enrolled ke sekolah baru. Walau muka terbako,senyum tetap lebar.syabas anak mak.kental!
Hahahahahaha.

Till then, see ya!






Wednesday, August 5, 2015

Selamat hari raya!!

Ola!!

Selamat hari raya uolls! Tu dia, punya lama tak update baq anggg 😊

Raya tahun ni lain sket. Sebab first time raya as unemployed person.. waaah gitu. Perasaan nye? Perrghhhh tenang babe. Tenang giler.. wahahaaa

Dah.layan gambar je lah eh.Tahun ni xde gambar proper 😑







Jadilah... buat panas enjin blog ni.

Harapnye, lepas ni makin rajin la .. ye dok???

Thursday, October 2, 2014

My little bam bamm

My little bambam dah 6 bulan dah. cepat kan, masa berlalu? So far, si kecik Hafiy ni memang tak banyak meragam.Such a good little boy, he is. Update sekarang, hafiy dah start nak merangkak. pantang letak kat bawah je, mesti angkat bontot, prektis nak merangkak. hehe Cume yang tak tahan nye tu, kadang dalam kereta pun beliau ni nak praktis jugak.sempit kot. bila tak selesa, mulalah nak menjerit marah.huhuhuh adoilaaaa dah gigih sangat kenapa ko ni dik..  T_T
 
 
 Ini gambar teacher hafiy anta ,dari taska... topi sape laaa yg ko rembat ni nak oiiiiiiiii ;P

Muka hepi pas mandi-sejuk2-kena bungkus kat taska

gambar ni pun teacher dia anta gak.
dah penat main, menjerit, praktise merangkak.. maka inilah hasilnye.. TIDO!
 
phew!!!
 
 
nota kaki:

Ya Allah, terima kasih atas anugerahMU ini Ya Allah... Terima Kasih kerana memberi aku suami,dan anak2 yang menenangkan hati ku Ya Allah... Moga kasih sayang ini berkekalan.. aminnn
 
To my dear lil Hafiy,
Jangan membesar cepat sangat, pleaseeeeeeeeeeeeeeeee
 
 


Tuesday, September 30, 2014

Mia's Sports Day

Okeh. *tiup habuk*
where to start?

Mia first Sport's Day.hergh.dah lama tak menulis kat sini, dah jadi super blurr..tatau dah nak intro cemana..huhuhu

Last month, Mia ada Sport Day, organized by her kindy, D'Sinar Bistari of course.

Mia masuk 3 acara. Aerobik dengan 2 acara sukaneka..


cee..gaya tanak kalah... baru start satu game, orang lain lari ke garisan penamat, dia lari keluar padang meluru peluk mama.hahahaha

Malu katanye. cikgu jerit nama dia kuat sangat T_T

Senam robik. lagu La Camisa Nera ko... huhuhuhu lembut lemah bemalai anak dara aku menari.tak sangka :D


All in all *mak ko dah ilang ingatan, maaf le kakak eh* dalam pukul doblas habis.
panas terik.muka berbelang.
anak happy tapi mak dia tensen sbb muka gelap.hahahaha... *macam putih sgt je ko, kan.puiiiiiiiiiiiii*

Oh yes, Qaleesya pun join gak hari sukan ni, tapi as an extra je la... sbb dia playschool je pun, menumpang kat sekolah kakak.

Makcik ni lagi lah, masuk acara music chair, bila music berhenti je, dia siap offer seat kat orang lain.
haih... murah hati anak aku ni. kuikuikuiiiiii

Monday, May 5, 2014

Mia


Dah lama tak citer pasal mia kan?
Well, skang mia dah besar.dah 5 tahun.makin petah..makin keletah.cuma pelat tu je..masih tak hilang :'p

Hari tu, sembang2 dgn mia..

Mia: mama, kakak kan dah besar nanti nak jadi orang yang menjaga agama Allah..
Mama: (kagum) wow!! Alhamdulillah..amin..
Mia: kakak kan mama,ada cita cita...
Mama: kakak dah besar nak jadi ape?
Mia: kakak nak jadi USTAZ KAZIM.

huhuhuhu...nak nangis ke nak gelak ni?????
Adoi la anak.... Hahahahaaaa




Muahhhhhsssss

posted from Bloggeroid

Thursday, May 1, 2014

Postnatal checkup

Hari tu pegi check up postnatal,sekali dgn jab hafiy umo sebulan.
Hari tu bile? Hehe...last week rasanye..genap hafiy 6 minggu. Cepat je masa berlalu kan? Tup tup dah abis pantang. Tup tup Hafiy dah merangkak..tup tup lagi dah sekolah. Haih... ;)

So pepagi buta tu bersiap lah kita. Lepas anta Mia n Qaleesya ke kindy,terus p bekfas..pada hal appoinment kul 2.hahahaaa.... Lantak..semangat benor..

Eh, tak penah update lagi pasal Mia n Qsya bersekolah di tempat baru kan? Ok anak anak mama sekalian, fyi tahun 2014 adalah lembaran baru untuk korang.Mama tak anta lagi Mia n Qsya kerumah babysitter kat puncak perdana. Jauh nak... Tak larat mau ulang alik.huhuhuuu..

Maka, Mia n Qsya mama enroll ke Islamic Montessori kat Sinar Bistari saja. Right behind our house bebeh. Suka mama dpat skolah dekat.well... Kalau ikut hati nak je carigk skolah depan umah.hahahaha... Hover sgt nih!




Actually, kat sini utk pre school je, yg play school n nursery kat cawangan lain.. tapi tak kan nak anta Mia n Qsya to separate school plak kan,so principle dia yg cool ni benarkan Qsya utk enroll sekali dgn kakak.yehaaa...i loike. Eh panjang lak selingan..huehehehe


Ok.back to the topic.
Check up ni buat kat PPUM. Iye anak ku Hafiy sayang, kamu lahir di PPUM.. tak sama dgn kakak2 mu di DEMC. Kenapa?? Nanti mama buat satu entry khas utk itu ye syg... Heheh..supaya mama x lupa pasal hari kelahiran hafiy.. masa kakak kakak lahir pun, semua ada entry memasing... Its to precious for me to forget..huhuhu...

Melencong lagi.tu lah, lama sgt tak update.sekali update, berterabur cerita nak keluar.hahahaha...

So, disebab kan awal, kitorang pusing2 dulu, lunch kat matrik UIA PJ..hehe...menggamit memori sungguh..




Mama dan sirambut pacak.kemain lagi cerah je mata budak kecik ni sepanjang jalan. Kemain lagi ek, dpt keluar umah.hahaha..

Past makan, terus shoot ke PPUM.time tu mmg lunch hour la kan, mujo adik kaunter tu sudi melayan.maka dpt la kitorang jd first patient after lunch ari tu..yihaaaa...
Pas check mama, check Hafiy plak.
Doktor advise suruh buat Pap smear.. Oh em gi!!! Seram aku..
Past tu, dia macam biasa, dia suruh start pikir kan our contraceptive method ataupun kaedah merancang..iye laa...dah 3 kali operate kan,maka kena lah strict sikit perancangan nye. Ramai yg tanya.. kalau bersalin secara caeser, boleh sampai berapa kali? Betul ke 3 kali je?betul ke sampai 4 kali caeser? Aiceh.. mai sini ahkak ko nak kongsi sikit.

Biasa nya, bila dah 2 kali caeser atau operate, doktor automatik akan letak kan kita under elective LCSC atau bahasa mudah nya, pembedahan secara pilihan.. ini utk mengelak daripada rupture atau rahim pecah. And, sebelum operation kali 3 dilakukan, doktor akan brief kita pasal BTL atau pun orang kita panggil 'ikat'. BTL ni, permanent ye kak ton...bila kita opt utk BTL maksud nye,kita dah sedia nak tutup kilang..doktor akan brief pasal risiko,kaedah etc lah. Dan borang persetujuan ni kena sign sebelum masuk ke OT. Macam aku, aku pilih conditional BTL. Maksudnye, tengok keadaan dalaman..luka dan sebagainye. Kalau previous scars cantik..tak banyak lekat..luka cun,perut tak menipis, aku tak nak ikat dulu. Tapi, kalau doktor tgk tak ok..iye...sila la ikat.hambe redhoooo....

So masa operation tu,lepas dah bukak perut doktor tanye... Puan, kita dah bukak perut.saya tgk luka cantik, tak banyak lekat..puan pun muda lagi, jadi kita tak ikat dulu ye puan... Dan iolls yang dibius separuh badan pun menjawap,'okeh!!'
Pastu doktor cakap,tapi perut puan agak menipis, jadi puan boleh ada sorang anak je lagi ye, puan.. dan iolls pun jawap lagi, 'okeh!!'
Haaaa...gitu... Okeh la sgt kan, padehal time tu perut tengah ternganga...huhuhuuu

Ok masuk lane balik.heheee..
Masa post natal check up tu,doktor ada sebut pasal pil and injection..ini dah biasa dengar kan, past tu,satu lagi dia sebut pasal implanon.. aku pun macam huh??ape tu?? Tak pernah dengar pun.hahahaaa...ketinggalan bas sungguh. Tapi arini xmo citer la pasal implanon tu.letih asik wat lencongan je.

Pas siap check up mama,check up Hafiy plak. Alhamdulillah...berat naik dr 2.35kg masa lahir..naik ke 3.65 kg. Banyak naik kan?? Hehehe...hafiy kena jab 2 kali.peha kiri kanan.cian... Macam biasa,time jab mmg babah la kena pengang.iolls kan hati sehalus bunga...mana boleh tahan,kang haku pulak yg melalak ngalahkan anak.choiii!!!




Tapi Hafiy ok je..ekk ekkk sikit pas tu dah sengih sengih cam biasa..bagusssss... ;D

Pas dah siap semua,pi amik ubat. Paracetamol syrup je pun,just incase kut Hafiy demam pas kena cucuk kan.

Pukul 3 lebih,semua dah setel.cepat gak la kan? Kira kagum gak la aku.. tak sangka agak cepat gak semua proses..hehehe...

Hmm tu je la pun nak citer.tajuk je kemain..'post natal checkup' kunun..citer nye secoet je.melencong ja lebih...huehehehehehe....

Last but not lease...terima lah...




Close up sirambut pacak..sebelum rambutnya kena zassssss...
Tunggu la pas aqiqah ni,botak lenchen la rambut kamu babah kejekan... (n_n)

posted from Bloggeroid

Sunday, April 20, 2014

Ilham Hafiy

Assalamualaikum my dear blog.

Aiceh.tetibe je.lama menyepi takkan timbul je terus skema..

Lama tak update blog..pregnant kali ni mmg xde mood langsung nak menulis.o yeah??

Yeah...i was pregnant.dah bersalin dah pun.dah nak abis pantang pun sehari dua lagi.huahahaha...and Alhamdulillah, spirit menulis pun dah merasuk kembali.. :)

Merasuk tak merasuk sgt la kan, kita tgk la pulak pas ni bapa lama nak on hiatus pulak.pffftttt!

Oh well, entry kali ni just nak mengabdikan satu lagi detik bersejarah duniailhamku..dimana aku dikurniakan Allah lagi seorang ilham. Ilham Hafiy (n_n)




Born on 13 04 14 @PPUM, via c-sect

Alhamdulillah..

Dapat gak aku anak lelaki..hehehe..




Semoga Hafiy selalu dilindungi dan di berkati Allah... Mama babah n kakaks love you!




Cinta hati mama dan babah.
Muahh
Muahh
Muahh

;)

posted from Bloggeroid

Thursday, October 10, 2013

Lari

Mahu ku lari ke lautan sunyi
biar aman
atau belok ke sungai dingin
biar nyaman

lantas.
Mengapa aku masih disini?
Biar tiada aman mahupun nyaman

gah!
mungkin harus ku teliti lagi
menjenguk kembali ke daerah sunyi
mampu dan mahu berlari pergi?

Sunday, September 29, 2013

ola!!

Syabas beteh...hehe

Hari tu konon nye dah semangat berkobau-kobau nak rajin update blog..tapi nando jugek la hasil nye..muehehehe.  dasar sangat kan...

Bukan nye ape ( mukadimah alasan :p)
semangat tu memang dah tinggi dah..
tapi tuan nye pulak tak bape nak sedia. tak sangka, pregnant kali ni agak mencabar..

ye lah.. dah 30-an kata nye... harus la dah tak se cergas dulu.sakit lemau disana sini..huhuhuhu
agaknye, cemana lah orang yang get pregnant at late 30's or even 40 tahun, kan?

Khamis lepas, pergi check up pastu scan sekali.. sekali masa doktor nak ukur tulang kaki baby kan, relaksss je dia angkat kaki dia and ubah tempat lain..hahaha.. bukan sekali OK, tap 2-3 kali!
amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... kecik2 lagi dah tak duduk diam dah..hahahah

ada harapan mewarisi keaktifan kakak Qaleesya nih. :D

Tapi tak kisah lah, as long mama and babah tau, baby is safe and sound kat dalam tu.ikut suke ko la nak,
nak buat aper pun.. kuak lentang ke,, somersault ke.. :P
Lagi 6 bulan kita jumpe eh... hehehe cant Wait!!!!!!!

And ohh... on the other note, Kedai makan pun dah mula beroperasi.. Alhamdulillah!

Seruling Restoran & Catering..

Baru menapak, setahun jagung..

memang merasa lah sakit perit nye berniaga macam ni.
Tapi tak pe la. bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. ye tak?

Yang penting, kita kena tahu hala tuju kita..matlamat kita.
buat kerja seikhlas mungkin, Lillahi Ta Ala.

Anasir-anasir pematah semangat memang banyak kat luar. baik jauh mahupun dekat.
tapi tak pe.. pekak kan telinga. Dengar mana yang perlu saja. Filter kena kuat beb! hahahaha

Eh da macam entry motivasi doktor Azizan ke hapa dah pulak ni.

Semoga kami terus tabah melangkah. Amin Allah Humma Amin... :)

Monday, September 9, 2013

What's Up?

Assalamualaikum.


Muehehehe....

dah lama gila tak update blog.serius tak de mood.. faktor usia kot.aicehhhh.....
dan dan je lah kan..

Anyway... nothing much to tell.. walau banyak yang berlaku.

So far, Alhamdulillah, masih sihat, berbahagia dan ceria bersama kesayangan hati..Syukur..



Inilah penceria saya.. tak kira ups and downs.

Terima Kasih Tuhan.
 And ohhh.. next year akan bertambah lagi ahli baru.ngehehehehe.. moga dipermudahkan urusan.. Amin..

Till then, semoga saya terus rajin menulis. semoga coretan tak seberapa ni mampu menjadi buah tangan dan tatapan di kala saya tak mampu bercerita.  :)



Wednesday, June 26, 2013

Menghantar Kesayangans hati

Dah lama sangat tak berceloteh kat sini.
memang dah rasa malas sangat nak menulis. tapi...pikir2 balik, sayang lah pulak kan....
Blog ni di buat eversince Mia lahir. banyak kenangan family kat dalam ni. walau pun hakikatnye,
aku ni update nye pun ala-ala je...huhuhuhuhu

Maka, marilah kita menjadi lebih istiqamah. Orang tak beristiqamah  tak  susah berjaya ye adik-adik..
huhuuh

Lotsa thing happen.
Tapi aku pilih yang satu ni..sebab peristiwa ni masih segar benda ni buat aku happy. hehehe
dah kau gigih nak explain ne kenapa? huhuhu

27.05.2013

Mak dan Abah berangkat ke Tanah Suci, menunaikan Umrah.
Bersama-sama Kak Nor & Husband and her MIL.

Actually, aku bersyukur sangat lah kan... dorang pergi dengan kakak n abang ipar..memandang kan dorang bukan muda lagi.. dah tak berapa sihat dah pun.

lagi2 mak.... memang merisau kan. Sakit bahu dan tangan tu kadang-kadang sampai ketahap nak angat air seteko pun tak mampu.huhuhuhu risaaaaauuuuuuuuuuuuu!

So, on that remarkable date, kitorang adik beradik pun pergi hantar dorang ke KLIA.


eh Chop! ini gambar pagi, sebelum ke KLIA. Memagn rezeki mak, dapat jumpa semua adik beradik dia sebelum pergi. Sebab kebetulan, Cu (baju merah) ada kat KL.. melawat anak cucu and Mak Ndak ( pakai spek itam ) pun baru lepas operation mata kat KL jugak... so, dapat lah dorang berkumpul..
memang ini je pun, adik beradik mak yang tinggal, termasuk sorang lagi, kat Tanjung Piandang..Dia je yang tak berkebetulan di KL..hehehe.. hat lain, semua kebetulan :D


Eh banyak pulak kebetulan nye ye dok *kaver line sebab dah lupe nak tulis ape..huhu*

Ni masa menunggu departure time. Si kenit kat sebelah tu adalah hyper active sangat hari tu.
rasa nak lock-up dalam beg je -_-"



En. sepupu yang tetibe turn up di airport.huhuhu seperais!!!!!

Ok beliau lagi...

Mak and Mak Teh *caption orang tak de idea nak merapu..*

Dengan Abah kesayangan

Haih... rasa nak ikut je dorang tau..nyorok dalam beg!

Abah-abah Ku...hehe
Kebetulan jugak nih.. sebab sebetulnya, FIL n MIL ada wedding kat KL..

Ini pun kebetulan... both oh anak teruna ni ada di KL..menghabis kan cuti pas exam..

Oh... ini bukan kebetulan.. hehehe.. sebab aku memang ambik cuti nak hantar Kesayangans semua hari tu :)


OOO.. dah habis dah gambar ek...

hehehe.. maka cerita pun habis..banyak kebetulan yang manis berlaku hari tu :)

Wattammmattttt...



nota kaki: len kali jgn ponteng update lama sangat. tengok, tulis pun dah serupa mintak kaki.huhhuhu
posted from Bloggeroid