Tuesday, June 8, 2010

sunday

DAY SUNDAY HOUR 08:30PM VIA PHONE CALL
'Assalamualaikum, adik..mak dgn abah nak balik Taiping ni, Pak Long sakit kuat!'
'Hoh? ye ke mak? sakit aper'
'jangkitan paru-paru..Pak Tam telefon tadi.katanya, kritikal'
'Astagfirullah....ok..ape-ape nanti, mak bagitau ye'
'ok, assalamualaikum'
'waalaikumsalam..ehh ehh mak! kirim salam pada abah, ckp kat abah, drive kereta hati-hati, jangan rushing2 k...'
'ok.bye..'

DAY SUNDAY HOUR 09:00PM (est)VIA SMS

'Salam, aku balik Sabah mlm ni. Papai sakit kuat'

saya membalas dengan panggilan telefon:
'Hello, Assalamualaikum! ha..Mc' aper citer? kenapa dgn papai?'
'ntah la na... papai kat ICU skang. aku amik tiket on the spot ni.aku nak balik na, aku tak mo menyesal'
'sabar Mc' sabar..doa banyak2..Take care k'
'k..thanx na'

DAY SUNDAY HOUR 10:00PM VIA PHONE CALL
'Hello, Assalamualaikum!Na, abah hang kat mana la ni?'
'dekat Kuala Pilah,Pak Tam...Ina baru jer telepon 10 minit tadi'
'oooo... pasai Pak Tam nak tepon dia tak dapat! Nak habaq nih, Pak Long baghu saja meninggai! Ina tulung habaq kat abah no..Pak Tam nak telepon adik beghadik lain pulak nih.'
'Innalillah.... ok-ok..bye'

Tepat jam 11 malam, kami sekeluarga bertolak. Diberitahu kemudiannya jenazah akan di kebumikan di Ipoh, memandangkan arwah tidak mempunyai sesiapa (isteri sudah tiada.anak-anak duduk jauh dan tidak rapat lantaran dibela isteri sejak kecil semenjak bercerai.Nauzubillah..)
Pukul 2 pagi, kami tiba di Ipoh. Adik-adik beliau (majoriti menetap di Ipoh) sudah menunggu.
Pukul 3pagi,jenazah tiba.saudara mara semakin ramai yang sampai.Bacaan Al-Quran diteruskan tanpa henti,seorang demi seorang.penuh tawadduk.tanpa jemu.Tersentuh rasa hati (agaknya, giliran saya nanti ramaikah yang sudi menziarah?ramaikah yang sudi sedekahkan Alfatihah, baccan yasin, Alquran dan sebagainya?hmmmm...)
...dan bacaan diteruskan lagi, tanpa henti hingga dinihari, menantikan pengebumian pada jam 11 pagi.
selesai upacara.
tak pasti pukul berapa...
'kawan-kawan, tolong doakan adik saya yang sedang tenat'
saya: 'Astagfirullah..semoga urusan dipermudahkan..banyakkan bersabar dan berdoa ok..'
masih tak pasti pukul berapa,via sms:
'Al-Fatihah.adik saya Mohd Suffandi Bin salam telah meninggal dunia'

Innalillahhiwainnalillahirojiunnn... daripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.

Random: Ahad malam yang pendek dan berbagai perkara yang berlaku.sigh...

Thursday, June 3, 2010

kucing dan kembiri atau Castration?

Saya dan En.hubby adalah pencinta kucing tegar. Sejak Pitt dah 'pergi' saya tiada lagi kucing.kami ader cuba membela Boboy sebagai ganti.tapi Boboy pun dah hilang, diculik org. tp itu dulu.. diawal usia perkahwinan kami.
sekarang, rasa rindu memeluk kucing datang lagi. teringin sgt nak ada kucing tp agak risaukan bayi yang masih kecil.(takut bulu kucing tak elok utk baby, ye). Pernah cuba memelihara arnab, masa tu Mia masih berusia 4 bulan. baru pelihara 2 minggu, arnab a.k.a Bebit diserahkan kepada kawan diopis kerana kurang kasih sayang.saya dan suami sangat sibuk. Mia juga masih terlalu kecil n demand for a lot of attention. Bebit juga masih baby yang perlu dimanja dan di jaga rapi. Kasihan kan si baby arnab yang takut2 kekurangan kasih sayang, saya dgn berat hatinya menyerahkannya kepada kawan. Alhamdulillah, Bebit sekarang semakin manja, sehat,gemok buntal gebu dan juga diberikan partner baru: Bunny. TQ Linda, sbb sudi memberikan kasih sayang pd Bebit! hehehe
Baru-baru ini En. Hubby ader menyuarakan hasrat untuk memelihara kucing lagi.- err..tindakan memberi makan pada kucing-kucing terbiar dikawasan rumah kami pada setiap hari bukan di kira sebagai memelihara,ok. memelihara disini ialah kami ingin mempunyai kucing yang kami boleh namakan dgn nama2 manja dan comel. yang boleh dipeluk cium kendong hari-hari. yang ada tempat tidor dan pinggan makan sendiri di dapur kami.itu dikira memelihara.ok.tp bimbang akan tabiat kucing yang mungkin akan mengatal dan bergaduh sehingga terberak kencing di dalam rumah.tak elok untuk baby.takot bulu gugur.tak elok untuk baby.
Saya cadangkan, cari kucing yang bulu x gugur, jaga pemakanan kucing. Insyaallah, bulu dia akan sehat dan tak bersepah terabur merata-rata. Selain menjaga pemakanan, saya ada juga terdengar mengenai kembiri atau Castration. Tapi ok ker?
google-google, adalah terjumpa article ni.. jom baca sama-sama!
-------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu'alaikum wbt ,

Mak-ayah saya minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.

terima kasih.

******************************
Postby pendekar »

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .

Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :

Kasi = Kembiri = Castration

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi - tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

MASALAH MENGEMBIRI KUCING :

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita .

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh)


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN

AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH ( Jilid 4 , ms 2649 ) – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily.
Posted by aizuddin at 7:01 PM


-------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm.... macam mana yer? harus la saya memaksa en. Hubby membaca artikel ni.hmmmm
ok, sebelum tu kat sini ada few pic kucing2 kesayangan...


Omel..Omel..Omel..


Manja.mengada.membunkang


Aduii..kacak nyer...



Boboy~ seketika lepas mandi selepas saya ambil dia di gerai makan di UITM.kesian...kurus.sejuk.bersendirian.....



Kesejukan..hehehehe



Comey kan, dia??



Sooooo Comey.sampai kena culik. :(


saya rindu.

Wednesday, June 2, 2010

down.down.down.

System down.Lagi.
haih..kerja dah banyak tertangguh.haih.
Down.down.down.
aper lagi? balik jom!~Huahuahuaaaa.... suka-suka hati jer nak balik. aper kau ingat kau bini Nazir Tun Razak ker? nama saja yang sama tau!!
haih....

Tuesday, June 1, 2010

kalau dan kalau

Semalam saya bercuti.
Hajatnya untuk me-renew lesen memandu yang dah expired sejak April lalu - ohh..ohh...semoga tiada JPJ's reader yang membaca tulisan saya T_T
Setelah sekian lama, saya keluar ditemani sahabat karib saya. ye, karib sejak dari zaman berhingus comot berlemoih' di sekolah rendah. Kebetulan, dia tidak bekerja. tidak bekerja.bukan bercuti. Kali terakhir saya berjumpa dgn dia di hospital DEMC- ketika dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan ovari.ovari, ok? bukan perkara main-main..
dia kuat bekerja.
sering mengenepikan rasa sakit.
selalu cuba untuk memenuhi tuntutan dan janji.
dan hasil nya:
dia terlewat untuk discover ketumbuhan di ovari.
Ovari kanannya terpaksa dibuang
masih ada lagi ketumbuhan lain di ovari kiri
dia masih belum pulih
dia di'nasihatkan' berhenti kerja
dengan alasan:
awak banyak MC
awak kurang competitive
Engineer di sini memerlukan keupayaan fizikal.bukan hanya mental semata-mata
persoalannya:
wajar kah begitu?
adilkah begini?
hmm....fikir-fikirkan!
bagi saya:
kalau sakit, MC jer... kompeni kau bayar gaji saja - bukan beli jiwa raga kau
Kalau bekerja, berpada2 - Hidup ni lebih dari aper yg kau fikirkan
kalau bos kau silap - tegurlah dia -dia pon manusia gak..jgn asyik sibuk nak mengampu je..asyik nak meng-iya-kan saja-walau salah.kelak, kau jugak yang sakit.sorang-sorang!.
tapi kalau bos kau kurang ajar? -pegi mati lah dia! eh silap. semoga tuhan buka kan pintu hati dia, dan kita semua.... ;P

Monday, May 31, 2010

separuh jiwaku pergi

Ececeh...tajuk tak menahan..tak tak..jiwa saya masih disini, bersama suami dan anak ter-chenta.

yang telah pergi separuh ialah masa. masa utk thn 2010.

Hari ini : 01.06.2010.

Separuh tahun 2010 dah habis. pergi. berlalu..

apa yang accomplished?target dah achieved 50 % ker?

wah wahhhh.....cakap macam wakil rakyat!macam pakar motivasi! ngehngehngeeehhh....

Tp bagi saya, tahun 2010 ni sgt cepat berlalu. pertukaran tanggungjawap di tempat kerja, kehadiran cahaya mata yang semakin membesar membuat kan saya leka menghadapi hari2 yg berlalu.

celik mata seawal 6.00 pagi-merempuh trafik ketempat kerja-then kerja.kerja.kerja-balik, jem lagi-then fecth Mia dr rumah baby sitter- main2,layan kerenah dia-masak- kemas pinggan mangkuk leps masak n lepas makan- kemas baju n bakul mia- iron baju abang dan saya- tidokan Mia- akhirnye, berehat ZZzzzzZZZzzZzZZZzzzzz....

begitula hectic nyer saya sehari-hari

sedar-sedar, sabtu bertandang lagi. bercuti hujung minggu dan menyelesaikan house chores yang tertunggak- credit to Mr,Hubby yang byk membantu - to do the laundry, mop lantai dan kadang2 memasak juge.. TQ cayang!!! hehe

Begitu lah, 6 bulan yang berlalu.

Target utama : To fight for the hutang hampir berjaya. YES!!!!! Alhamdulillah... selepas ni, boleh la saya mula menabung SSPN untuk Mia... :)



~ separuh jiwakuuu pergi.memang indah semuaaaaaaa..tp berakhir lukaaaaa...kau main hati, dengan sadar mu,kau tinggal akuuuuuuuuuuuu.....~

- lagu yg takde kena mengena dgn saya,tp saya suka! ;D

Wednesday, May 26, 2010

3 malam...

Dah 3 mlm Mia batuk2..
dah 3 mlm Mia selsema..
dah 3 mlm Mia x nyenyak..
dah 3 mlm Mia bgn mlm2 nangis2.nak mama pujuk.
Dan hasilnyer..
Mama membawa sepasang donut di mata ke office. ~ Tahniah!~

Sunday, May 23, 2010

Mia is 10 months old!


Macam mak cik-makcik lah!

Alhamdulillah.... tup-tap-tup-tap.. Mia dah masuk 10 bulan... Dah makin byk kerenah dan macam keletah yg di buat sehari2.. :D


oohh..ohhh... sekarang Mia is in the phase of belajar berjalan... masih lg meniti2 di sofa.. masih lg asyik tertonggeng2 sbb bdn x balance lg..hehehe..kesian. Mia is having 8 teeth now! hmm... byk nyer....


Sekarang, mama n babah even more excited everytime nak balik rumah. nak main dgn mia. kalau smpai lewat sikit, nnti mia tido..


umi ckp, mia tido siang sekejaaappppp ajer. maklum la, mia mmg bz di siang hari - bz terbalik kan kipas, 'kemas' bakul kain umi, pantau umi memasak kat dapur, kacau twins, main dgn kak cik n abg...emmmm mcm2 lg lah! mia...mia... T_T


emm.. dh lama tak terupdate blog ni.. byk sgt peristiwa yg berlaku.sampai tak tau yg mana nak diabadikan kat sini.


soooooooooooooooo, simple decision has been made- tak payah updet lgsg lah! '_' "


emm.. cume kat sini ader sket la, gambar our family few month ago (hahaha..malas giler nak updet.sungguh terkantoi!), odw masa pegi kenduri rumah Pak Tam Ishak di Ipoh.. gambar odw ajer ye.. gambar kenduri, gambar pengantin, semua x der..ramai org n super panas.. mama malas nak snap-snap.. hehehehe




The 8 months Mia with Mak Long..






A smiling-driving man..




ehh...gegar2 plak gambar nih.. Baru je mama nak enterprame.ish.x boleh jadi nih!