Thursday, June 17, 2010

kamu yang comel

Frust la.ada satu baju baby yang super cute tapi dah sold out 3 bulan lepas.x sempat beli.puas cari,tengok-tengok semalam ada restock.banyak. 6 pcs semuanya.
Pagi ni, bukak blogshop tu dengan semangat yang tinggi dan hati berbunga.teringin nak tgk si manja-montel mia pakai baju tu.tapi tengok-tengok...dah SOLD OUT??!!
Frust!frust!frusttttt!!!! :(


wahai si baju comel,semoga saya dapat jumpa awak di jual lagi.pelissssss....sobs

Wednesday, June 16, 2010

sembang saja

Masuk kandang lembu mengemboh,
Masuk kandang kambing mengembek

Biasa kita dengar orang selalu guna perkataan 'mengembek'.
Jadi, bila ada orang menggunakan perkataan 'mengwhoofwhoof' sebagai ganti perkataan 'menganjing', aku terima. lebih sopan,bukan?

Tuesday, June 15, 2010

lestok desktop

'kenapa saya tekan itu "release file" button, itu file sudah hilang?'
- dengan nada yang tinggi.
'encik ada cari file tu dekat desktop tak? biasanya selepas release file, file tu akan auto saved dekat desktop'
'apa desktop????!!!!' - nada semakin tinngi.
'desktop pc encik la'- masih bersabar.
'kalau saya tak ada desktop, macam mana...?
'err..encik, mana boleh tak ada...semua komputer ada desktop maaa'
'heii!! lu cakap baik-baik haa... mana lu tau saya ada beli itu desktop atau tidak??!! haa??? main cakappppp saja'
-erkk..apek nih!-
'emmm....encik, tolong minimise kan semua window yang encik bukak sekarang.nampak tak itu screen yang ada banyak folder? '
'oooo...ada-ada.ini muka depan kaa?paling depan ka?'
'iye....yang kadang-kadang orang ada letak gambar kucing lah.gambar beruang la..ada screensaver.kan?
'haa... ada-ada..cakap la ini muka depan! lestok..lestok!! haiya!!!'

huahuahuahuaaaaaa... cam aram!.

merapu kerapu

Date: 15.06.2010
Hour: 04:45 pm
Mode: Sleepy
Condition: weak + running nose + dizzy
Wish list of the day:
*Balik time.. ding dong!
*pillow
*hot soup
*ZzzzZZzZzZZZzzz

arghhh!!!!!!

Thursday, June 10, 2010

Beri sayang untuk mendapat sayang

Hari ni hari jumaat.jadi mari kita insaf.
Ehh bukan.sebenarnya, hari-hari pun kena insaf.tapi boleh lebihkan sedikit dihari jumaat. Bukankah jumaat tu penghulu segala hari?
bukan kah pepatah omputih (ceh sekular kejap T_T ) selalu mengatakan..'Follow the leader? '
ye...mari kita lebihkan keinsafan dihari Jumaat.Semoga hari lain akan mem'follow keinsafan di hari ini (faham apa yang saya tulis ni? Mia...? paham?tak pe.. nanti lg 10 thn, Mia boleh tanya mama ok?) :)
Jom, kita ramai-ramai mencuci hati...
sakit hati dengan orang-orang dipejabat? maaf kan..
sakit hati dengan orang-orang yang rasa-macam-dia sorang saja ada perasaan yang sensitif-tapi selalu lupa-orang lain pun ada perasaan jugak..-? maaf kan..
sakit hati dgn rude driver yang main mencilok tapi tak bagi lampu signal-walaupun masa beli kereta memang kedai kereta tu dah siap-siap bagi-free lampu signal.-?maafkan...
sakit hati dengan makcik cafe yang hari ni caj mahal-tapi semalam caj murah padahal amik lauk yang sama sahaja-..? maafkan...
ye.banyak perkara yang boleh buat kita sakit hati. dan banyak benda jugak yang kita buat sedar atau tidak yang buat orang lain sakit hati.

Jadi MORAL nya: aku tak sempurna.kau pon sama. jadi, apa kata kita saling maaf-memaafi. boleh?
Bak kata Dr Fadzilah Kamsah:
"Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan / orang lain benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci"

RanDom: ok anak-anak....renung-renungkan.dan selamat beramal! ( eh..apasal mcm tersalah 'ustaz je nih) :P

Wednesday, June 9, 2010

budak besar.masa kecik.

'isk....isk....makk....makkk!!!..iskk' sambil terkepit-kepit terjoget-joget depan tandas.
'Napi kenapa? nak kencing ker?' tanya saya
dia tidak membalas.cuma memberi pandangan sayu.
'MAKKKKKK!!!!! ' semakin kuat dia menjerit.masih terkepit-kepit terjoget-joget.
'Mak sembahyang. Napi nak kencing ker? masukla toilet'
Dia mengeleng laju.
'nak kencing' kata nya.
'haa...masuk la toilet!'
'Tak boleh...'
'kenapa???'
'lupa doa masuk tandas.....uwaaaaaaaaa!!!!!!!'
Meraung sambil melimpahkan air meleleh dikaki nya..

adoiiihh!


* Mia kalau pakai kopiah,ada rupa abg Napi tak???hahahahaha

RanDom: budak kecik.masa kecik.memang innocent..tapi bila dah besar???hmm....

Tuesday, June 8, 2010

ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah to My lovely sister n her hubby for their new born girl named, Nurin Hananni.
dapat jugak anak perempuan, ye.
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah to Kak Tini for the new baby.
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah to Kak Zue utk kelahiran anak ke-2.
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah kepada Mathi for your 1st child.
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah kepada Nani for your pregnancy
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah kepada hasmah for your pregnancy
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.

Tahniah kepada Ijan for your 2nd child pregnancy
ye, dah terlambat nak wish. tapi nak wish jugak.
dan tahniah kepada ketibaan orang baru dalam hidup kamu,kamu dan kamu semua.

Last week, balik kampung.
My FIL ' kakak....dah mamam nestum ke kakak'
hohhohohohoho...is he calling my Lil daugther 'kakak'?

saya dan suami berpandangan.senyum.

sigh.....ish tok abah mia nih!
Hubby ialah anak sulung dr 2 orang adik beradik. Beza umur anatara mereka cuma setahun. Maksud: when My hubby was about at the same age of Mia, my MIL get pregnant again! ;P

'kakakkkk...sini dekat tok abah,meh!'

~adoih..tertekan!~



Tok abah, sila jgn tertipu dengan gambar ini.walaupun Mia dah boleh 'drive' tp Mama ckp Mia baby lagiiii


Ni pon tudung mama yg Mia curi-curi pakai pastu berlagak konon mcm dah besar dah

Tapi biler mia sengih chicky cenggini, memang kantoi ah Mia sebenarnya baby lagi! ohhhh.....