Wednesday, December 23, 2009

Sebab-sebanyer ialah...

Dah lama rasanyer tak update blog. bukan tak mahu update, cuma kurang berkesempatan ( alasan cliche). Jadi utk mengurang kan rasa tak best - sbb lama tak updet blog-, saya list down kan kat sini sebab musababnya..
1) baru tukar team - byk gila babi keja pasal team tu shorthanded
2) year end - byk cuti.tp keja tetap melambak, tanpa cuti
3)kabel ilang- x bleh upload gambar ( x suke!)
4)malas ( mmg a bleh ditolong ah..)

till then..... bersambung lagi len kali.

p/s: Mia skang dah pandai menerap n start angkat2 badan..nak merangkak pulak...heheh
Muaaahhhh! love you, baby!

Monday, November 9, 2009

Monolog aku- Serabut.

SERABUT.
sangat- sangat serabut.
aku serabut dengan engkau.
serabut dengan keadaan.
serabut dengan pandangan.
dengan tafsiran.
dengan anggapan.
mengapa begitu dan begini
walau aku tahu.
begitupun aku benci lagi bosan
melayan dengan kerenah yg menyesak kan.
walaupun aku muak dan keliru
berdepan dengan andaian
tanpa noktah.
sampai bila?
tak pasti.tak tahu
tak mahu tahu.
biarkan...biarkan...
biarkan....
aku mahu lepaskan tali itu.
mahu lepaskan beban itu
agar tiada lagi sesak
tiada lagi senak.
aku mahu itu.

Wednesday, November 4, 2009

Mia dah 4 bulan!

Bangun pagi ni dengan perasaan berbeza.cube lupakan keserabutan semalam.
yeah...you go,girl!
Toleh kiri..my lil princess masih nyenyak di buai mimpi..ohh ohhh...Mia dah 4 bulan!
Senyum lagi.
Tuhan, semoga ketenangan pagi ini berkekalan... aminnnn...

ok. enuff of all negative energy!
*(**

We're back to Mia's page..kat bawah ni ader few pic Mia yg baru.. Mia and babah..mama is the tukang snap.hehehe....

Name: Ilham Qarmeela bt Mohd Kamil
Umur: 4 bln
Hobi: buat bunyi2-an, menjerit, ketawa ( mengekek-ngekek), bergurau dgn mama n babah, belek tangan sendiri, response / dengar babah main gitar, melompat.
Suka: susu, nestum, loceng, Bobo d bugs, pinky d rabbit and Mr dolphin.








borak aper ntah!








Tekun membelek her pacifier ~ sampai muncung2 molot!


Manja sungguh!
***
Having Mia in our marriage live is meant a lot to us.
we are happy.
we are blessed.
we are family.
we love and rely on each other.
Thank God !

Sunday, October 18, 2009

Open house 2

Masih dibulan Syawal.Kronologi rumah terbuka semusim bersambung lg.. let's go!

Masih sempat lg singgah di Subang parade. Ini bukan sesi open house tapi sesi open wallet.And the gud news is, it is babah's wallet yg perlu dibuka.ngeeee....


Emm....jauh nyer open house..Mia sempat lelap-God.knows.for.how.many.times- buka mata..aik?tak sampai lg?tido lg laaa..ZZzzzZZZzzzZzzzzzZZzzzz.......
uhuk-uhuk-uhuk...batuk.
tido lg.
Mia and family ader byk jemputan open house minggu ni..sampai terpaksa benti kat jln to change diapers-yg.dah.penuh- tu.
Muka sebelum tukar diapers ~ sgt ketat ok.

Ini gambar Mia.
gambar ni takder kena mengena dgn entry open house..Entry open house hanya bermula selepas gambar ini.kenapa? saja...tanpa sebarang niat.
Minggu ni, Mama n babah bawa Mia pg open house lg..Mama mmg suke pegi open house ( sebagai alasan terbaik utk meng'escape'kan diri dr perihal masak-memasak) serta beramah mesra sesama manusia. Tak byk sgt gambar yg sempat mama snap sbb sibuk beramah mesra (dan sebuk menceduk juadah yg disediakan) di rumah terbuka. Anyway, Terima kasih utk Nurul, Rajes, Liza, Nik, Kak Siti, Vasu, k.Zie and Ija sbb menjemput..Makanan sumer best2..Yg mana Mia n family tak sempat dtg tu, mintak maaf ye...and TQ sebab sudi jemput Mia n family.
Best!

Gambar 3 jelitawan.susunan mengikut tahap kejelitaan adalah dari yg paling depan ke belakang (fakta: yg paling depan adalah yg paling jelita)
hehehe..

Auntie Ila n Auntie Shikin-bukan.model.YEOS laici- tgh sengih2 lepas mkn...suke la tu,dah kenyang..tak caya? -sila lihat kekiri sikit.nampak tak pinggan dia licin??
~Mia baby.Baby tak pandai menipu.

This is auntie Nanie wif Auntie Rajes ( hahahaha...sumer da jd auntie..sila jgn perasan mude.ok?)
Ok.Entry rumah terbuka ditutup disini secara rasmi.titik.

Monday, October 12, 2009

Open House 1

Macam biasa, dlm bulan Syawal ni byk rumah terbuka.. last weekend, kami sekeluarga was invited to Auntie Linda's house at Nilai. Auntie Linda is Mama's office mate @CIMB. Jauhkan dia berulang alik everyday to her working place.. Anyway, thank you for all of the dishes prepared on that day... Thn depan buat lagi k..hahaha
Lepas pg rumah Auntie Linda, we shooted back to Shah alam sbb Mama+ babah's fren, Auntie Ijan and family dtg dr Melaka..At the same time, we lepak jugak dgn Babah's good fren, Uncle Jamil n fiancee.we chit-chatting there sampai petang.best!
And for that day, Ini je gambar yg mama sempat snap..
Ni la auntie Linda..Auntie Linda and husband are very nice people..Tq...nanti jemput Mia mkn2 lg tau! ;D
Mia with auntie Shikin and auntie Ila..eh..mana auntie Nani? - dia tak masuk dlm gambar ni..x muat..heheheheheee....


After finished our makan2 activity, kami balik semula ke s.alam sbb Ijan nak dtg rumah.memandangkan we ourselve are not available at home, we decided to meet them out side.kat Kedai Kopi - Tempat Mama & Babah selalu lepak sesama dulu...hahaha
Sementara tunggu Uncle Jamil N auntie Hafsa sampai kat Kedai Kopi, we posing2 dulu la kat taman Tasik tu.. Our small lovely family... ;)


Okay..pose Mia..Pose... ~ lidah jgn kuar ~ ..hee...



Haa..mcm ni lah.... love this pic very much!




Love this pic juge...





Shape of My Heart..



Mia with her blank expression... letih jln2 eh? cian...



This is Ijan family.Sonok sgt dapat jumper Ijan - my beloved.best fren.ever- and baby syikin yg da makin montel and oso Man ( yg da gelap sbb training polis lama sgt.hehehe...) tq sbb sudi turun dr Malacca.

Masa lepak dgn auntie Ijan's family, Mia pun hepi sgt sbb dpt jumper uncle jamil and auntie Hafsah ( ala...mama luper lak snap gambar dorang...) yg happening..hehehe.. nanti we all lepak'ing lagi ramai2 eh.
Next week banyaaaak lg Raya's open House and Depavali's Open House. Nnt kiter sambung lg k kat Open House 2 ( wah...sakan.siap ader siri lagi...huhuhu!)

Tuesday, October 6, 2009

Majlis aqiqah and cukur jambul

Pada 07 Syawal yg lalu, majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul Mia telah selamat disempurnakan.Alhamdulillah....
Tak mo citer panjang, layan je la few pics kat bawah ni..
The princess of the day ~senyum....

Babah bwk Mia round2 utk dipotong jambul.



Babah ckp : Mulut Mia riuh membebel masa bwk round potong jambul.tak reti nak diam lgsg..hehehe





The Marhaban group ~ terima kasih kerana memeriahkan lg majis Mia... :) sekitar majlis kenduri aqiqah...-is a makan time!!!yee haaa..



Selepas majlis cukur jambul, we found that rambut mia yg nipis lagi seciput itu sangat kelakar ( berlubang disana-sini) lalu mengambil keputusan to clean it up.dgn harapan, the new hair will be better and lebih lebat.. check it out! proses membotak kan Mia is going on....


and on.......


And here we go.....the new looks of Mia -botak.heeee

sekarang Mia is officially botak..nampak sangat nakal ok.hehehe

Raya! Raya! - 2009

Selamat Hari Raya! walau sedikit lewat, tp saya masih mahu mengucapkan nya ( raya kan sebulan...huh). sebenarnya dah lama saya nak tulis entry ni,tp tak ader kesempatan sbb right after raya, saya diserang (wah..sungguh ganas perkataan ini.lantak la.) chicken pox. walau saya sendiri tak phm, aper kaitan ayam dgn penyakit ini. puas saya kaji aderkah saya kelihatan seperti ayam apabila menghidapinya?atau adakah saya berbunyi atau berbau seperti ayam semasa mengalami chicken pox?
tak der.
betul, saya tak tipu..
tak der.
hmmmmm...tp kenapa pggil chicken pox ek?? mungkin kalau ditukar menjadi hamster pox mungkin lebih comel.
kot.
mungkinlaaaa..
ops!ok...cukup mama!kompius..heeeee...
memandang kan saya diserang chicken pox sehingga tubuh menjadi lemah ditumbuhi beribu-ribu bintik2 merah..ok.saya tipu.takder la beribu..berpuluh2 aje kot ( heeee....drama queen!) menyebab kan saya lgsg xder mood nak wat entry raya ni ( walau saya berjaya mendapat m.c selama hampir 2 minggu! yey!!!)
ok la...asyik terbabas tajuk je.. -mungkin kah disbb kan oleh pengaruh chicken pox??oh tidak!!!
ZZZZUUUUUUuuuuuUUUUPPPPppppPP!!!!!!!
cut!!
ok..ok..saya tak melalut dah.janji.
ok..saya ulang balik ayat saya tadi.memandangkan saya diserang chicken pox sehingga tubuh menjadi lemah ditumbuhi banyak bintik2merah,saya tangguhkan dulu hasrat utk upload entri raya 09 ni beserta dgn entri cukur jambul+ aqiqah Mia...
Dan tahun ni is our very first time beraya bersama..It was indeed owesome to me and babah ( sbb mama percaya, mia wont remember this and still tak phm aper itu raya- walau mia berjaya kumpul bykkkkkkkkk duit raya.hehehehe...err..kita share kan?kan?kannnn??? )
kat sini, ader few pics time raya ari tu...enjoy! Mia and mama...





Mama & Babah pun nak pose jugak..emmm mana mia?





Mia and Tok Teh yang happening...














This is our photo, pagi raya @umah Tok Ma..tapi babah lupa on flash la plak.gelap.huhuuu

Wednesday, September 16, 2009

Mia n CIMB's aunties

Eh?? mana Mia??? kata nak posing dgn baby...ish aunties nih....
Haaaa...ader pun gambar Mia ngan dorang.aperla! hehe

Ni la aunties CIMB yg dtg right after mia lahir tu...sempat lagi posing2 bagai dlm keta..hahaha


Ader ker dorang suh mama letak nama MIA - shikifil ( combination of shikin, arifah and ila)?? ish..ish..ish..


Seperti yg dijanjikan, kat sini ader beberapa pic auntie2 CIMB yg dtg dan berposing dgn Mia masa lahir...
Mia :~tq aunties, dtg visit Mia...Muahhh! ~

Wednesday, September 9, 2009

Welcome onboard, Ilham Qarmeela Mohd Kamil!

Like father like daugther...- eleh, babah mia tu ingat dia kat kg hijrah la tu...hehehe



sumer dah cun2 posing..mia lak tetibe berpaling..ishh spoil la...





Bersama2 spoil kan gambar..yeeeha!





Ini pulak masa mia dah lepas pantang....dah comey2,ter tido pulak...hmmm aper la!



Ini pulak when Mia was berumur 25 days.. masa ni mama still in a confinement kat umah atuk.so, tak dapat la mama nak enterprame :(




At this time, Mia is 23rd days oredi... mama snap gambar ni sebelum mandikan mia...xper, dlm gambar xder bau.hehehe..walaupon babah ckp pic ni seksi, tp mama x kire mama nak letak gak gambar ni sbb mia mcm betul2 ready je posing2.hehehe








So baby, it is you..few minutes selepas dilahirkan...babah snap gambar ni when I was still unconcious after the ceaserian procedure.

090709@9.21a.m Alhamdulillah... Ilham Qarmeela Mohd Kamil telah selamat dilahirkan di Darul Ehsan Medical Center ( DEMC) Shah Alam.. Satu rahmat yg paling besar dlm hidup saya dan suami..



Mia nak tau aper yg jd pada hari tu? walau dah hampir 2bulan berlalu, x per la..mama tetap nak citer jugak.

Doktor predict Mia akan lahir pada 080709..Jadi, pagi2 lagi mama n babah dah pegi DEMC utk wat check up..mama sakit cikit2 jer masa tu..mild contraction.Atuk dgn Tok Wan pun ikut sekali. Masa tu, walaupun rasa gembira dan tak sabar2 nak jumper Mia, tp dlm hati tersangat la kecut..kata org, bersalin ni sakit.teramat sakit..eeee..risaunyer.tp sebenarnye,mama lg risau keselamatan Mia..takut perkara2 yg tak diingini berlaku.Nauzubillah!

Sampai spital, wat check up and found that it's only 1 cm yg dah terbuka. And the contractions come and go periodically with some spot of blood...emmm..sakit nyer..Tp mama kuatkan jugak hati bcoz doc said mama akan deliver by next day morning or afternoon at the latest. One night past with all the pain and worry. Mujur ada babah temankan mama every nite kat hospital tu..tq babah..Muah!hehehe..


Esok, pagi2 lagi doctor dtg check. bukaan baru mencecah 2cm and doc decided utk pecahkan my water bag. bile keluar je air ketuban tu...OMG! the colour was change already -to green and a bit browny. alamak...mia dah buang air la... Masa tu, babah was still on the way ke hospital dr umah amik tok n tok wan. Bile mama call je babah n told him that mama kena undergo emergency surgery, terus babah pecut kereta laju2 ( ish..bahaya betul la babah ni...) It was 8.50 am. Doc ckp, we cant afford to wait for babah..keadaan Mia sgt critical masa tu. With or without babah consent, Mia tetap perlu di keluarkan segera. God knows how does it feel, Mia. Mama risau sgt takut tak sempat nak keluarkan Mia.takut Mia lemas..tp mama pun nak juga jumpa babah sebelum masuk operation theater..mama takut kalau something bad berlaku pada mama dan mama tak sempat jumper babah for the last time.And of cos, mama nak jumper atok n tok wan jugak... tetiba, atok and tok wan masuk..ooo..dorang dah sampai rupenyer..lega! tapi..babah still not around.tgh cari parking - kat situ mmg payah nak parking..huhuhu..sempat ke tak, ni?

9.00 am.. mid-wife nurse dtg menjenguk to take me away. Masa tu, mama was praying very hard...nak sgt jumper babah sebelum masuk labour room. doctor ckp, semua pun dah ready and cannot wait for babah anymore.nurse dah bersedia nak tolak mama and tetiba Thank God, babah pun muncul..Alhamdulillah...huiii..drama betul!

9.01 am.. Mama masuk labour room. pakar bius jab mama kat belakang..sakit sikit je..mcm kena gigit semut.. and minta mama baring. proses mengeluarkan Mia pun berjalan...
Tak lama pas tu, Mama dengar suara Mia menangis " Shukur Alhamdulillah!" and doc terus jab lg sekali utk tidurkan Mama, utk proses jahit-menjahit...
9.20 am.. Babah ckp, mama keluar dari labour room and terus tak sedarkan diri..sampai pukul 2.30pm..bila kawan2 mama dr ofis dtg menjenguk..nanti mama upload gambar dorang posing2 ngan mia k...hehehe..
pas dorang balik, mama mintak doc jab lg dgn ubat bius sbb luke dah rasa sgt sakit..then lepas kena jab, mama tido lagi..sampai ptg...doc said it will takes 6hours for me -at least- b4 I can move any part of my body...huhuhuhu..
Hmmmm.. tu la sikit sebanyak benda yg berlaku pada hari Mia dilahir kan...
Mama ingat lagi, biler babah bisik kat telinga mama, and cakap thank you sebab sudi lahirkan zuriat untuk dia...huhuuhuhuhuhuhuhu...shahdunyer !!!!!!!!!
emmmm....emmm...ape lagik ek...ala..luper la.stop la.k..hehe

Wednesday, July 1, 2009

Suatu masa dahulu


ni gambar our first raya as a husband and wife.baby was still somewhere..in heaven, i guest!




Ni plak, we main layang2 kat taman Metropolitan,kepong....nnti baby dah besar, kiter main sama2 ye! heee


Hari ni,tetibe saya rasa nak upload gambar2 lama,masa baby belum ada lagi.dulu..hehehe..


Tapi Kenapa saya update gambar2 ni? saje. suker-suker! nanti baby dah kuar, tak dapat la saya dan suami posing lebih2 lagi kat dalam ni...sure gambar baby jer yang asyik enterpreme kat dlm ni..huhhuhuhuheheheheheh........






counting down....5,4,3,2,1......


punyer la dah bertahun keta ni dgn aku..baru skang dpt posing sesama.ihiks!


tembam nyer....9 months 1 week pregnant.sempat lagi balik kampung to attend kenduri kawen kamariah.heheh




Jln2..jumper plak ikan comei.emm..posing sket ah ngan dorang!



Countdown.. lagi seminggu je lagi tinggal utk baby kuar and join kami. pasni baby kena mamam sendiri...kena jalan sendiri...and kena do everything sendiri tau.. no more supplier dah.. baby jgn nangis2 ye....heheh


skang kire tgh berdebar la ni..tunggu next Wed je lagi nak admitted kat DEMC..doakan kami selamat ye ! :)

umm... sebelum tu, saje je la, nak upload sket gambar dizaman ketembamam membawa baby di dalam peyut ni, wat kenangan..

Sebenarnyer, byk sangat citer nak share, tapi tak tau la kenapa skang ni bz sangat...x sempat pun nak update aper-aper.