Sunday, July 25, 2010

M NASIR-Suatu Masa

Google-google, terjumpa lah pula lagu ni...
Ish..nostalgia nih!
Dolu-dolu..masa berkawan-sahabat-handai-ber hu-ha-hu-ha, husband selalu nyanyi lagu ni sambil petik gitar.. memang best lah!
Tapi lama-lama ( lama ke hape? lepas dia propose ajak kawin) baru la terperasan..OOoooOOoOoOooOOOOo... ada maksud rupenya dok nyanyi lagu ni..hikhikhik (lembab betol lah! T_T ) - ceceh..dan -dan lah lagu ni jd lagu fav I skang ni..kalau dengar, mesti nak senyum-senyum... nyeh nyeh nyehh...

*jom nyanyi sesama!!!

M NASIR-Suatu Masa

Bagaimana kan ku mula dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di mata mu senyum di bibir mu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandanganku
Lalu aku kesal kukumpul semua

Tak dapat kunyatakan apa ku rasakan
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilan ku
Dengarkanlah lagu untuk mu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna-warna cintaku kian pudar bersama
Malam yang gelap-gelita
Entahkan kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku tak kan disiakan
Dan di suatu masa di hari yang indah
Ku hulurkan tanganku lalu kau terima

best kan lagu ni? ada satu lagi lagu.. tapi tak yah lah tulis bebanyak.. nanti korang muntah hijau pulak.. :P

p/s: sila benarkan saya melayan blues di hari Isnin yang malas ni.
p/s 2: sila jgn muntah.ok?

No comments: