Thursday, February 17, 2011

daun sirih ke..daun sireh?

Haa...kompius..kompius...

pernah dengar tak lagu Kristal ' dalam berjuta, daun sirih mana boleh tak boleh jumpa sehelai sirih bertemu urat' - tajuk ke hapa ntah.tak ingat..
Tapi yang pasti nye, everytime dengar lagu tu kat radio, mesti tertanya-tanya....
mesti cam tak paham bab...jumpa sehelai sirih bertemu urat ' tuh.macam apa kejadahnye nye nak jumpa urat sirih.urat ke.. ulat? telinga aku salah dengar kot... mungkin actual lirik dorang is... ' dalam berjuta, daun sirih mana boleh tak boleh jumpa sehelai sirih bertemu ulat' hekhekhekkk... bunyi nye lebih relevan kan ( at least utk orang yang buta bahasa cam aku nih la..huhuuhu).

eh..tetiba je kan, citer pasal urat / ulat sirih ape ker hal nye.. hihi
sebenaunyer, alkisah.... baru2 ni ada lah opismate bertanya pasal sirih... kan kita biasa dengar petua-petua berkaitan dengan sirih ni... jadi, aku pun merajin-rajin kan lah diri mengoogle khasiat sirih ni.... rupa-rupanya, memang betul lah! ada slogan eh slogan ke? peribahasa kot..ke pepatah? ah...memana je lah ye, sila lah pilih penjodoh bilangan (?) yang sesuai..( aduuuuuhhh.... peritnya penulisan bahasa aku ni..kelaut sungguh... huhuhu). okeh sambung balik.
betullah....ada ayat ' sirih bertemu urat' dan-dan tu jugak, lirik lagu kristal berjoget2 kat dalam kepala aku.hehehe..hover!

urat bukan sebarang urat okeh... sirih bertemu urat tu rupa-rupanya membawa maksud, bertemu jodoh... huk alohhhhhhhhh... pathetic nye mama kamu mia.. umor dah nak masuk tigeploh tahun baru tau pasal verse nih... *nangis*

hmm.. dah alang2 gugel, meh sini aku tepek kan je kat sini...
okeh anak-anakkk....... sit straight and ready! ( matik lah bajet guru2 di sekolah mau mengajar subjek penting..hukhukhukkk)

Batuk
Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bagian. Minum bersama madu.

Bronkitis
Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.

Menghilangkan bau badan
Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum di siang hari.

Luka bakar
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu. Bubuhkan ke tempat luka bakar.

Bisul
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan dioleskan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.

Mata Gatal dan Merah
Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.

Koreng dan Gatal-Gatal
Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk membasuh koreng dan gatal.

Menghentikan Gusi Berdarah
Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.

Sariawan
Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya setelah selesai.

Menghilangkan Bau Mulut
Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Seduh dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.

Jerawat
Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Seduh dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.

Keputihan
Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2,5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.

Mengurangi ASI Berlebih
Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan olesi dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih hangat.

*terima kasih en.gugel :P *

Haaa...tu diaaa... banyak kan kegunaan dia? To be frank, tak pernah cube pun... ooohh ohh cume biasa tau yang untuk wat basuhan Ms.V tu, memang bagus..hehe

Tapi, biasanya.. memang orang akan pilih daun sirih yang bertemu urat untuk tujuan perubatan. sebabnya ialah...emm.......eeeemmm.... alah gugel lah sendirik!huehehe...

Dah pas ni, sila tanam pokok yang sangat berguna ni, okeh..
nanti kita citer pasal limau and inai pulak... pastu, boleh tanam ramai2 kat rumah!! ngehngehngehhh....

ok bye!

No comments: