Monday, September 26, 2011

mencuba untuk...

yeah.
Mencuba utk tak tulis benda2 yang membuku kat hati di sini.
Walau pun ini ialah blog peribadi..By right, konsep : ' suke ati laaa blog aku, aku nak tulis ke nak merapu ke nak memaki ke...ko pedulik ape?!' boleh je kut nak di amal kan.
Tapi itulah. dah berjanji pada diri. 'DuniaIlhamku' adalah utk Ilhams mama. No negative vibes please...biarlah yang molek sahaja. yang manis utk dikenang. Yang pahit tu...tak yah la di abadi kan.tak perlu di kenang.... kalo boleh mau di lupakan terus.

Tapi, memang kadang2 susah. Cube kau senyum time ko sedih.Mesti rona senyum kau berubah rupe kan? tak pon, cube kau ketawa bila ko kena maki dengan bos.Boleh? tentulaaaa boleh...cume nada ketawa kau berlainan irama lah.macam tu jugak aku.
kadang2 ada banyak benda best yang dah berlaku n aku teringinnnnn sgt nak update kat sini.Tapi, at the same time, pada masa nak menulis tu ada benda tak best atau stress sedang berlaku. serta merta nafsu menulis akan padam.sebab? Aku tak reti nak buat ayat riang ria di kala jiwa aku sedih. Daripada tulisan aku fake,baik aku tangguhkan je.Tak kisah lah orang lain cemana..sbb skang aku cerita pasal aku..ape yang aku lalui dan apa yang aku rasa. clear???

haaaa.... tengok. dah macam nak ter-emo je pulak ayat kan?hahahha...sentap!

haih.seriesli. Aku tak tau apa yang aku taip sekarang.melalut dan merapu sangat ni.Sebab? Aku mmg tak tau entry ni utk apa.yang aku tau, aku mahu menulis.melepas kan sesuatu. apa yang aku taip pada masa ni mmg straight away dr hati.menggambarkan dari hati. kalau kau baca ni dan rasa serabut, macam tu jugak la serabut nya hati aku.serabut nya otak aku.yang pasti...aku akan terus menaip.mengikut bait2 yang keluar dari hati aku...biar lah berjela.aku tak kisah.

Depan aku, sekarang.masa ini, manusia2 sedang galak bercerita..

Dongak ke siling.kosong.
untuk apa aku kat sini?

tak de jawapan....
dah tarik nafas panjang2 dah..tetap tak de jawapan.
Orang kata bila byk oksigen masuk ke rongga,otak jd lebih clear.
Nampaknye teori tu tak berguna untuk aku kali ni.
sebab aku masih lagi rasa macam diawang-awangan...tak jejak bumi.
sesak.keliru.
Mana pergi jiwa aku yang kuat tu?
Mana pergi hati aku yang kental tu?
hari ni, aku hanya duduk tersandar.
melihat manusia yang mundar mandir dihadapan aku.
bercerita tentang sesuatu.
ketawa tentang sesuatu.
aku ada disitu.tapi jiwa aku tak bersatu.
apa yang mereka ceritakan?apa yang mereka katakan?
biarlah....mereka terus bercerita di depan aku.sedang aku sibuk menaip disini.
hakikat nya:
aku senyum...tapi aku tak paham butir bicara mereka.
aku menulis...tapi aku tak tau ape yang aku tulis disini.
sambung menaip.lagi dan lagi...

atau harus aku menelungkupkan muka dimeja dan berpura2 tidur?

No comments: