Tuesday, October 23, 2012

Best Neighbor In Memories

Tadi baru je happy2 dapat update blog kan??
sekarang mood adalah terus switch to mood sayu. *sungguh sesuatu aku ni-abaikan je eh...*

Yeah, Its not something happy to share with here, but still I'm sharing this  as it still fresh in my mind.
Dun want to forget that we used to have a good, wonderful neighbor that we can rely on to oversee our parent when we are not around. The one with a helpful hand to offer. sigh...

It was last Saturday. One beautiful cloudy rainy day.

A perfect day for us to bermalas-malas depan TV.
Suddenly, En.Babah dapat call from kampung, beritahu that the one and only Mok Yoh the neighbor was met with an accident at Jalan Chini-Salong that afternoon. Actually, arwah was with her husband, their daughter (Ayu) and Ayu's kids ( shafika and Ain) and as well as the other grand daughter, Aina.

*sumber: KOSMOonLine*


KEADAAN kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga mangsa yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, Pekan semalam.


PEKAN - Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd. Khairul Nizam, setahun.
Menurutnya, dua lagi mangsa yang parah dalam kereta sama ialah penumpang belakang, Norhidayu Abd Malek, 21, dan Ain Najwa Mohd. Khairul Nizam, 2.
Katanya, kesemua mangsa berasal dari Felda Chini 4, dekat sini dipercayai dalam perjalanan dari arah Chini ke Salong.
"Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil," katanya kepada pemberita di sini semalam.

So, because of this la..kitorang balik kampung.

aku tak tengok pun jenazah. Sebab, by looking at the car pun rasanye dah boleh agak how bad the pax was, kan? huhuhu.... kebanyakan semua muka badan dah pecah terhimpit besi dan kaca kereta dan juga duri sawit.

My God... so many things to write and describe about this.but................I just couldnt!

Semoga Ayu, Ain dan Aina (nama dia takder reported in this newspaper.I wonder why..) cepat sembuh.
Semoga urusan kalian di permudahkan Nya. Especially Aina yang tempurung nya pecah....Muka nya pecah penuh kaca :'( Juga Ain yang patah leher dan pecah ususnya. Juga untuk Ayu yang kritikal. Semoga dia tabah bila sedarnya nanti mengetahui bahawa Ayah, Mak dan anak bongsu nya sudah tiada...
Semoga jiwa kalian kuat...Semoga Allah berikan kemudahan n=dan kesudahan yang baik untuk semua...
Amin Ya Rab- Al Amin...

Al Fatihah juga untuk arwah Mok Yoh, Cik Malek and Baby Syafiqa

:'(






No comments: