Wednesday, November 28, 2012

MasterChef in Da house yo!!

Sekarang ialah musim Master Chef.
Tak.
aku memang tak layan mana pun masterchef nih. Aku layan Junior MasterChef jek..comey woohh tengok budak kecik pakai apron and cook like a pro. Sambil layan, rasa kagum.sambil rasa segan sebab dorang sama terror macam aku  sangat terror masak macam2. uhukuhukuhukk..

Tapi kat umah sekarang pun nampak nye MasterChef season dah melarat jugak.



Not only one chef.

But TWO!!!



hehehe..seeee???? how busy they are???  :p

Sampai memasak kat couch ok.Ko ader??? hahahahahahahaaa

Kat sliding door pun jadi

Tak kira siang atau malam.uhuhhuuhuuuu

Ok. pasni mak ko tak payah masak lagi dah..
huehehehehe


posted from Bloggeroid

Monday, November 26, 2012

Port Dickson

It was on one random weekend.. *ceaaa... awal2 lagi dah bagi ayat kaver line cerita peram pekasam*

Ah senang cerita, kejadian berlaku  pada suatu hari dihujung minggu yang aku pun dah tak ingat bila yang bahagia, di Port Dickson.

Macam biasa, it was just another unplanned episode of jalan-jalan.
hahaha..sounds so familiar kan? pasal kitorang ni memang suke wat perangai terjah menerjah nih. kalah Abang Rambut Ketak Melodi, okey?! -_-'

Cume bezanya kali ini kitorang tagged along some other crime partners with us. So, basically tak de la terjah sangat kan? huehehehe.. kitorang just discover the idea the night before and terus packing for tomorrow nye trip.

Hajat nye nak bawak bebudak mandi.

So, sampai je kat sana..dah lunch time.so, kita makan dulu.

Lepas makan, lepak2 tepi pantai. Pantai ni jauh sikit dari orang. Means, tak de orang sangat la.kalau ada pun maybe locals je kot. orang mandi lagi lah tak de. Tak pe. awal lagi.tengahhari kot..kan..so lets santai2 first.

Mia and arina..seronok bebudak ni dapat terlepas bebas cenggini.

Siap bentang tikar lagi.

masa ni behave lagi..semua duduk sopaaaaaan jek

Ehem. ahli pertama dah start terlentang dah.. ehehehe which was soon, followed by the rest. :p

Dah puas lepak semua, cari masjid and settled everything.

Pastu, baru laaaaa.. ke pantai. I mean, real pantai lah kan.

semua semangat nak terjun laut nih. aku tinggal kan dorang kejap cari selipar basahan

sekali???????






Dari kejauhan aku nampak ni.

whoaaaa....macam best..huhuhu

Sengih2..memang best le tu..

tengok jam. tak habis pusing lagi.
ok tunggu.
tengok jam.
aik? tambah lagi??

tak pa.. tak pa... tunngu sampai siap



dah abis je..
Jom minum...letih la..dahaga!



last2 nye lepak minum2 sampai petang...
No laut.No swiming.
cehhh..

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 21, 2012

Bile 2 Ilham dengan babah mereka je..

Ewah kau. tajuk tak nak kalah...hahahahaha

Petang semalam while I was still at office, En.Babah whatapps me these gambar.
Gambar anak dara berdua main gelungsur kat playground at our housing area.

Mia memang big fan of gelungsur. Cume yang tak percaya tu,
Qaleesya....
isk... ce tengok. Kemain gigih tu memanjat.padehal, ko berdiri pun tak betul lagi dik oiiiiiiiii -_-'


Beliau panjat sampai atas okeh.
Pastu bile sampai atas,menjerit2.gayat letew..sangat seperti 'seseorang', kannnnn?hewhewhewwww

Bile dah takut, mulut bising gile gelabah nak turun. Nak slide down takut.so, dia angkat tangan sikit2 and tahan dengan kaki to keep slower the sliding mode.hahahaha..kretip anak mak... >o<"


Cerita lain 2.

Balik dari playground, adik terus tido.. tak pernah2 tido seawal Maghrib ye. letih benor main gelungsur kot. huhuhu
Pukul 9 lebih, usik2 dia suh bangun.kalo tak...hmmmmm alamat japgi dia bangun tengah malam, ajak main. Oh No!!!

Bangun tido,tengok kakak kepit kuku. Eh dia pun nak kepit kuku jugek..


Tapi tak pandai. last-last, kepit buku sudehhh -_+'




Cerita lain 3

Oh ye. last week Friday, aku keje. Babysitter pun tak de, cuti seminggu sempena Deepavali abang dia kawen. Jadi, En.Babah kena babysit bebudak ni la, kat umah.

Pepagi, lepas bangun, bawak dorang p makan...
Kakak mkn nasik lemak dengan toast.
Adik makan nasik lemak kosong dgn sandwich.

OoooMyy... macam tak caye.anak aku ke tuh??? Si adik mmg tak heran sangat.sebab dia memang Puteri Pinggan. hahahaha. - kuat makan serta muke lebaq mcm pinggan-
Tapi Mia???? pon makan byk gak??wah..hebat!

hahaha..

Ni pas makan tengah hari. dua-dua dah kenyang..dah mandi..dah selesa... lalu......................

ZZZZzzzzZZzzZZZZZzzzZZZzz


Holoh holohhhh..kemain comey adik tido


Kakak pun sama gak....behave sungguh Mia dgn babah ye. kalo dia keluar berdua dengan babah pun baiiiiikkkkkk je. ce kalau mama ada? huh..nan ado. -_-"


hikhikhikkkkk.. comey je tido muke selepong bedak.babah bedakkan le ni..
 babah nye pun.....isk!

Ok dah tu je story mori gegel2 ni dgn babah, bila mama tak de.

Gud job Babah! macam ni, boleh la tinggal lagi. eh?! hahahahahaha

posted from Bloggeroid

Diari Palestin 3


Alhamdulillah... Syukur Ya Allah..... Syukur....

Gencatan senjata konflik Israel-Hamas bermula

GAZA CITY, Wilayah Palestin 22 Nov. - Satu gencatan senjata di antara Israel dan Hamas tercapai secara rasmi bermula pukul 9 malam (waktu tempatan) di atas persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir.
Koresponden AFP berkata, jalan raya di Gaza City masih bergelap dan tidak dipenuhi oleh orang ramai, sama seperti sejak lapan hari lalu ketika konflik antara kedua-dua pihak itu bermula.
Malah katanya, beberapa minit selepas persetujuan gencatan senjata itu bermula, bunyi pesawat pejuang Israel masih lagi kedengaran berlegar-legar di ruang udara Gaza.
Dalam pada itu, laporan terbaharu turut mengatakan, penduduk di sekitar Gaza City mula keluar ke jalanan untuk meraikan gencatan senjata tersebut.
Satu laporan yang diperoleh AFP turut menyatakan Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu.
Manakala pihak di Palestin pula diarahkan untuk menghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan.
Jika gencatan senjata berjaya dilakukan sehingga 24 jam, Israel akan diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan menurut laporan itu lagi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121122/lu_16/Gencatan-senjata-konflik-Israel-Hamas-bermula#ixzz2CudqEfMn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sekiranya anda tiada kelapangan untuk pergi ke pejabat Aman Palestin untuk menderma, sumbangan turut boleh dilakukan menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).



Semoga sumbangan kita sedikit sebanyak mampu membantu saudara kita di sana dan dinilai oleh Allah SWT.

Amin...

Hari dating-dating

Hari dating-dating ye. bukan hari-hari dating..huhuhuhuuu

Isnin lepas aku cuti. Tak de menda sangat pun..saja suka-suka nak cuti..dating2 dgn husband.kuikuikuiiii
Lepas hantar anak semua p umah babysitter, hujan pun turun. Aku pandang en babah,dia pandang aku..

B:heh.. hujan le pulak. apa plan hari ni?
A: Ntah....tapi nak g jln...
B: ye la... jalan kemana..ni ambil cuti ni tak de pikir kan plan ke? (muke berkerut) ce kabo nak g mana?
A: emm...ina cuti nak keluar dgn abg.so, abg nak bawak Ina p mana?
B: -_-'

hahahahahaha.....mujo aku bijak twist keadaan.pasal aku memang cukup malas nak pikir nak kemana..nak makan ape.kedai mana.huahahaha

Last-last, dua-dua diam.
Terus drive sambil bersembang sakan..Lalu segala jalan segala traffic light..masuk highway.

errr.........nak ke mana ni ??
Asam Pedas Melaka jom!!! >o<
yipeeeee!!!!

Kitorang sampai Melaka ngam-ngam ho time lunch..perut pun tengah lapo. maka molek sangat lah kan..
Terus saja zasssssssssssss ke Dataran Pahlawan, parking kereta and cross the road ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Ini kali kedua kitorang makan kat sini. Sejak first time terkena  pekena Asam Pedas kat sini dulu, terus jatuh cinta sama ini kedai. memang superb woohhhhhhhhhhhhh.


 Oooohh.. Ini lah si cinta hatiku - Asam Pedas Kepala Ikan . ambil taip sambil lap air liur mata rindu kan cinta hati yang satu ini...
abaaaaaanggggggggggg.....weekend ni asam pedas lagi boley??? *Pangggggggggg!*

Selain asam pedas ada banyak gile lauk lain yang superb2 kat sini.
aku rasa macam nak pilih lauk sambil baling dadu je hari tu.pasal dah rambang mata.itu nak.ini nak..
huhuhuu...buruk perangai ok -_-'

ambik ketam jugak...Ketam ni pun sedap gile.emmmm..terasa2 kat tekak pulak.ceh


Udang tembam yang menggoda.auwwwwwwwwwwwwwwww
Eh sudah lah tu. Tensen pulak aku tulis pasal makan ni. dan-dan je lapo. huhuhuhu

Pas makan, terus ke dataran semula. Naik Menara Taming Sari.
Ini first time naik tau. Tak sangka En.babah approve untuk naik ni. pasal beliau ni takut tinggi  ada masalah gayat.hewhewhewwwwwww

Once dia cakap OK je, menonong le aku mencari tiket. Sebelum beliau menukar pikiran.kihkihkih

View dari atas, berketinggian 80 kaki.. boleh nampak town Melaka dari sini.
Harga tiket, biasa nya Rm15 per adult and RM10 per child kalau tak silap.
Tapi masa kitorang pegi tu, just RM20 for two of us. murah kan? mungkin sebab cuti sekolah atau sebab weekdays kot. tak pasti.


Kat atas menara tu, passenger coach (aku tatau nak panggil menda alah ni ape.belasah je la ye) tu akan berpusing 360 degree. So that, ko boleh nampak Melaka secara menyeluruh lah kiranya.
Ok la. quite interesting.

Tapi kejap benor kat atas tu.baru aku nak feeling di awang-awangan.eh??? dah nak turun dah? ciss
En.Babah kat atas tu senyapppppppppp je.
Masa dorang announce nak turun tu dia sempat bisik kat telinga aku.
'phew..lega.berpeluh buntut duk atas ni lama-lama'
Aku ingat kusyuk menghayati keindahan alam. Padehal????

Next station was Jonker Walk.Walau dah banyak kali sampai ke Melaka, tapi kitorang tak pernah jejak ke Jonker Walk.hahaha.. kesian tak? in fact, tatau pun ceruk mana lah Jonker Walk tu duduk.
mujo ada encik beca tolong hantar. cea kunun. caj nye, RM15 ok lah.boleh lah..walau hakikatnye, dekat nak mampuih je pun.cait!

Iya. kenalin ya.. bapak supir saya pada hari tersebut... keh keh kehhhh

Jonker Walk. Yeay.akhirnya aku sampai!! (pathetic gila :P)


Overall, aku suke Jonker Walk ni. Unik. Rasa macam berada disatu tempat yang lain sangat.


Loads of antiques!


Loads of kiut miut stuff
Ada Terompah.. ada kebaya Nyonya.. Next time pegi sana memang nak hunt for kebaya nyonya.
Tunggu slim sikit kihkihkih...mati laaa...sampai bebila le ko tak dapek pakai Na oiiiiiii   >-<"

Err.. hai En.Naga.. heh

Soft toys comey loteh
Air ape ntah. Comey kan?
stall yang ehem.kiut.


Balik dari Jonker walk, we just jalan kaki je.
Menyusur tepi bangunan lama berpegangan tangan..wallah.. tetibe feeling honeymoon kau! *pitammmm*

Then, cari air kelapa muda.minum2.
Hajat hati nak ke Klebang for Coconut shake yang glamour tu. Tapi dah lewat sangat. It was 5p.m oredi.


Bye2 Melaka.


Dari melaka, terus shoot kerumah baby sitter. Sampai around 6.30pm.
Sape cakap Melaka jauh? sape???? *ceaaa..tetibe sangat ko nak emo kan*

Ok.dah pukul 6. nak balik.
Bye!!!



posted from Bloggeroid

Tuesday, November 20, 2012

Diari Palestin 2


Masih lagi cerita Gaza.

Memang ada nak update rentetan harian sendiri. dah draft tapi tak de mood dan malas ya' amat berkepam dalam folder.hehehe

At the mean time, moh kite cuba mengenal musuh kita/Islam dulu yeh. Bukan sekadar ' Tak kenal Maka tak Cinta' ..tapi, kalau tak kenal macammana kita nak melwan mereka juga. Tak begitu?

sumber: http://www.blogammar.com

20 Fakta Rejim Zionis Israel:

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400
penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.
8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.
12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana
pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Sehingga kini- Hari ke 11 serangan, seramai 660 terbunuh, manakala 2950 cedera.
Tanpa bantuan yang cukup.
Tanpa ubat-ubatan yang sempurna.
Nauzubillah..... :'(

Ya Allah,
Bantu lah umat Islam di bumi Palestin.
Bantulah mereka menghadapi Zionis Israel.

Amin..Ya Rab -Al amin.

p/s: Will try to update as much about Gaza as I could. In Sha Allah


posted from Bloggeroid

Diari Palestin 1



Bumi Palestin di bedil lagi.

Ya Allah. betapa pedih.sayu pilu hati ini.Hanya Kau yang tahu, Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Aku kadang kala jadi takut nak check Facebook. Setiap kali, pasti banyak sahaja update terbaru mengenai serangan di Tebing Gaza. Setiap kali baca, setiap kali tengok gambar-gambar yang di post, hati menjadi pedih. Pedih se pedih nya. Tak Tahan melihat derita dorang kat sana. Lagi-lagi anak-anak kecil yang tak berdaya. Innalillah.... Tak dapat bayang kan kalau Mia atau Qaleesya di tempat mereka. Sungguh. Aku tak mampu.

Jadi, hari ini, aku nak share sikit info tentang Yahudi -Zionis keparat yang sedang menggila di bumi Anbiya' kita. Seriously, aku agak blur jugak dengan kedudukan dorang ni.Sebab, setahu aku Israel ni tak de negara.
Dalam Al-Quran, memang ada di sebut sebagai Bani Israil - merujuk kepada kaum Nabi Ya'akub atau Jacob dalam bahasa Inggerisnya. Bani ialah anak/ kaum dalam bahasa Arab (Wallah hu alam)

SUMBER: http://antiyahudi-zionis.blogspot.com/

RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:

1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:
“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Sejarah Awal Gerakan Zionis

Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih Zionist Project apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.

Kristian Zionis

Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan Jesus dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.“

Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.“
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.

Naturei Karta

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti Christian replacement theology, evangelical proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.

Kesimpulan

Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan, usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sungguh, kepala otak aku agak bercelaru bila tengok isu Palestin ni.Celaru memikirkan keperitan dorang.
Celaru memikirkan kepedihan yang ditanggung.

Walau sedar, tak ramai pun viewer blog picisan aku ni, tapi deep in my heart, I really appreciate if korang, seketul dua yang membaca kat sini sudi menghulur kan bantuan. Jemput lah ke laman www.amanpalestin.net

And oh ye...as a self disclaimer kat sini, Ini bukan entry iklan ke promo ke ape ye. Ini cume satu seruan kecil dari insan kerdil seorang aku sahaja.


Kalau nak menyumbang, boleh salur kan ke number akaun kat bawah ni (as per updated in amanpalestin website)

  Paling tidak pun, kalau berat mahu menghulur seringgit dua, sudilah kiranya menyumbang doa.
Buat saudara Islam kita di sana .

Wallahualam.



posted from Bloggeroid

Friday, November 9, 2012

Jumaat yang best berganda.

Phew... half day of Jumaat already gone..kejap lagi dah time untuk balik..weeeee >_<
sungguh gumbira rasanye.
Esok pagi boleh packing barang balik kampung..ngehngehngehhh.. Dan yang paling best, next week cuti Deepavali hari Selasa dan Khamis ialah Awal Muharam kan?dan Rabu pulak Qaleesya's birthday setahun...weeeeeehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....jadi, untuk lebih afdal, moh le kita cuti seminggu..weeeeeeeeehhuuuuuuuuuuuuuuuu (again.heheh)

aish. Tak sabar nye.

Selamat bercuti people!

Gembira hati berbunga-bunga..


Si bam bam bucuk masham ku yang bakal menjejak ke umur setahun... Dear Allah, Thank You for your gift!

XOXO

Tuesday, November 6, 2012

Tak padan kecik!

Semalam, satu Saujana Black out. Masa aku sampai rumah tu memang gelap gelita lah kan. Ditambah lagi dengan mendung hujan dan Waktu Magrib yang masuk lebih cepat sekarang ni. SEbenarnya, tak de lah lewat sangat pun... around pukul 6.40 lah kot cenggitu.

Masuk je rumah, Qaleesya duk merengek. Cranky nye Ya Rabbi....huhuhu..sabo je la ko nak..mama ni letih drive meredah hujan + Jem dari KL pun tak habis lagi.. -__-'

Kesian.mungkin dia tak selesa kot sebab lately ni Qaleesya kurang sihat. Malam2 mesti terbangun batuk.peh tu muntah. iskkkk..

Kire semalam memang jenuh lah berdukung si bam bam sorang nih kan. Sampai kul 7 lebih jugak lah, abaru ada elektrik..fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh lega.
Naik cramp tangan dukung budak nih.sebelah tangan lagi kipas dia guna buku.
Elok je ada elektrik, terus on TV..ngam2 kena chanel BabyTV.
eh.
Magik.
Terus senyap dak kecik ni...siap sengih-sengih lagi.padahal, air mata hat melalak tadi duk bertakung lagi di pipi.
Tengok adik sengih. Mama aper lagi, terus la test letak dia kat bawah.hahahaha

Rupa-rupanya, menangis hat teruk-teruk tadi tu pasai nak tengok kartun je... adui laaaaa >.<'


Tengok la..kemain kusyuk lagi tengok TV.

Lantas muka monyok merudum tadi terus bertukar ceria...


Adik...adik....macam-macam lah anak mama yang sorang ni.tau?? :D
posted from Bloggeroid

Sunday, November 4, 2012

Mia ( The Pelat series )

And, Yup!!
Mia dah 3 tahun setengah now.
Makin talkative tapi masih pelat.kadang2 gelihati..tapi kadang2 stress jugak nak memaham kan ape yang dia cakap.
Kalo bukan mama yang stress, mia yang stress.Sebab asyik ulang benda yang sama.mak bapak dia asek lah duk tak paham.. -_-'

O ye. last weekend was rainy kan?
Sabtu tu, bangun pepagi tengok hujan.fine lah. Nak keluar beli bekfas pun malas. Jadi sila lah masak ape yang ada..Which is.... Spaghetti Sardine!
Yeah you heard me right.
belasah je lah kan. minced meat takde. kite belasah saje ape yang ada..ngehngehneh..

Eh bukan nak cerita pasal spagethi sardin ke apa ni. Tapi nak cerita kejadian pagi sabtu tu, aku rajin masak
pasal Mia.

Pagi tu, masa tengah sibuk kat dapur, timggal kan budak berdua tu kat depan tv, main2.
Sempat pesan kat Mia... Suh jaga adik.
jangan main kasar2..adik kecik lagi. nanti dia nangis..mama marah mia.ok?? (hahaha..gile veto mak ko.ugut anak sendiri)
mia dgn muke plain menjawap: Iye lah mama..kakak tayu (tahu). -_-'

Sedang kat dapur tu dengar Mia nyanyi. Lagu Tepuk Amai-Amai.

Tepuk amai- amai..alang (belalang) tupu-tupu
tepuk adik andai (pandai) mama upah cucu (susu)
Cucu hmak (lemak) anishhh (manis)
tantan tape (santan kelapa) mude
adik angan (jangan) aneshh (nangis)
Nanti kakak aneshhh (nangis)

ngeh ngeh ngehhh..
motif beliau berpesan pada si adik supaya jangan menangis???

:p


kakak dan adik.


posted from Bloggeroid