Gencatan senjata konflik Israel-Hamas bermula
GAZA CITY, Wilayah Palestin 22 Nov. - Satu gencatan senjata di antara Israel
dan Hamas tercapai secara rasmi bermula pukul 9 malam (waktu tempatan) di atas
persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir.
Koresponden AFP berkata, jalan raya di Gaza City masih bergelap dan tidak dipenuhi oleh orang ramai, sama seperti sejak lapan hari lalu ketika konflik antara kedua-dua pihak itu bermula.
Malah katanya, beberapa minit selepas persetujuan gencatan senjata itu bermula, bunyi pesawat pejuang Israel masih lagi kedengaran berlegar-legar di ruang udara Gaza.
Dalam pada itu, laporan terbaharu turut mengatakan, penduduk di sekitar Gaza City mula keluar ke jalanan untuk meraikan gencatan senjata tersebut.
Satu laporan yang diperoleh AFP turut menyatakan Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu.
Manakala pihak di Palestin pula diarahkan untuk menghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan.
Jika gencatan senjata berjaya dilakukan sehingga 24 jam, Israel akan diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan menurut laporan itu lagi. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121122/lu_16/Gencatan-senjata-konflik-Israel-Hamas-bermula#ixzz2CudqEfMn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sekiranya anda tiada
kelapangan untuk pergi ke pejabat Aman Palestin untuk menderma, sumbangan turut
boleh dilakukan menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1)
dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).
Semoga sumbangan kita sedikit sebanyak mampu membantu saudara kita di sana dan dinilai oleh Allah SWT.
Amin...

No comments:
Post a Comment