Wednesday, October 13, 2010

terkini- status kes pembunuhan Dato' Sosilawati.

Wah wah wah.... tajuk tak mengagak okeh.feeling-feeling wartawan gitu..kikikikiii.......

hari tu ada cerita pasal kronologi kes ( wah wah wah...sekali lagi menggunakan ayat wartawan di situ! :P ) pembunuhan kan??? so, kat sini sesaja lah nak menghapdet ( buat kerja biarlah selesai nooo...tok sah duk tergantung-gantung! huahahahaha) kisah selanjut nyer..

emmm yang lama tu bleh klik sini ( utk kronologi cerita)
http://duniailhamku.blogspot.com/search/label/peristiwa%20malaysia

Walaupon keinginan ada, tp masa a.k.a peluang tak berapa nak ada, kita copy-paste je lah yer... (cover line inaaa...cover line.... huehehueheuee)

BANTING: Peguam N Patmanabhan dan tiga orang lagi didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30.
Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, 41, dibacakan dalam bahasa Melayu, manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.
Kesemua mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil
Abdul Karim, 32; dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38 antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.

Pembunuhan itu didakwa dilakukan di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes itu selepas Timbalan pendakwaraya
Ishak mohamad Yusof meminta tempoh dua bulan lagi bagi mendapatkan laporan tertentu seperti laporan kimia.Terdahulu tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van, manakala
Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.
Pathmanabhan diwakili peguam Ravi Nekoo, R Pushpa, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad, manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahli keluarga tertuduh juga tidak kelihatan di mahkamah.
Sumber : Harian Metro

ok..tu je. nak lebih-lebih pi google sendirik.aku nak sambung wat kerja! hohoho

No comments: