Sunday, December 30, 2012

Ape dah jadi - part 1


Hari ni last day of 2012.
Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun ni.
One of them was: En.Babah was admitted due to apendiks.

Benda ni berlaku 2 weeks ago.lebih kurang. Tapi baru ni dapat abadikan kat sini. Maklum lah, life went pretty upside down lately.he hehhh

ummmm...
Ok.It was on Monday 10 Dec 2012.

En.Babah started complaining sakit perut.. So hari tu lepas balik kerja, bawa him pegi klinik.
Doktor suspect 2 perkara : 1- Apendiks OR   2- Batu karang.
Since En.babah tak demam (biasa apendiks pakej combo dengan demam sekali), doktor bagi ubat untuk Batu karang. kalau sehari dua tak OK, kena repeat ke klinik for further check up or terus pegi hospital.

1st day
2nd day gone.-
masih sakit.  ajak pagi klinik, tak nak...he still nak tunggu. *tension* padahal, on that day, we all memang pegi klinik for Qaleesya demam.. telinga bernanah. Ooh and plus: petang tu dia siap gardening lagi...konon dah sihat sangat lah ye??? -__-'

3rd day. masih sakit..call dari opis, dia kata dah OK. tapi bila aku balik rumah tengok macam makin teruk..petang khamis tu start cirit birit. One night passed with pain and worry.

4th day - Friday 14.
pagi tu aku bangun macam biasa.kepala pening berpusing2.maklumlah... bila En.Babah sakit dah tak dapat tido, he was not on himself..he tagged me a long to stay awake with him o_O" plus adik pun tak sihat..asyik la meragam..
ikut hati memang nak MC je. Tapi ..hmm..jumaat kot.sungguh tidak manis mau MC kan?
Kejut babah and asked if he wanna go to clinic or not. he said. tak nak... sakit nya dah kurang ke satu tempat je (before this, the pain was like at all over the place). plus, dia super mengantuk sbb tak tido malam tu, kan?..

Jadi, aku terus siap2, pening2 lalat hasil tak cukup tido since minggu lepas (oo..before ni, dorang pakat2 demam bergilir-gilir ) angkut budak berdua tu masuk keta.
Hujan lebat. gelap.berkabus.
Dalam hati rasa berdebar2.. tak pe..kita cuba.

Dalam kereta... Qaleesya menjerit-jerit..menangis. mungkin tak selesa telinga sakit.
sampai selekoh rumah baby sitter.situ simpang nya sedikit keliru. sebahagian jalan memang berlubang besar dan penuh air. sebalah tangan pegang qaleesya yang meronta kuat. dah hampir jatuh dari baby seat pun.. kat seat belakang Mia nangis.marah kan adik yang bising sebab Mia mengantuk..mau tido. huhuhu...kelam kabut OK.Tetiba...
OPOCOT!! ada kucing melintas. terkejut.cepat2 pulas stereng.
GEDEGANG!!!!!!
langgar divider..kereta terangkat.
GANGGGG!!!! jatuh balik dari divider.
terkedu.keliru.
Check anak2..OK semua selamat. Alhamdulillah.

Suara tangis adik makin meninggi.
Kakak pun sama.

Pejam mata.
Syukur kereta tak terbalik. Nauzubillah...........

Turun check kereta.

Tayar pecah, Rim terkeluar. Bumper pun pecah.

Allah...

Lupa sekejap sakit kepala yang menggigit tadi.

Dongak langit.masih gelap.renyai2.

masuk kereta on hazard lamp dan sambung drive sampai umah baby sitter,

KELETANG KELETUNG KELETUNG

Bunyi rim bergesel dengan jalan. ye..aku bawak kereta guna rim.sambil heret tayar. Rumah babysitter only 3 blocks from here.
gagah kan hati.MESTI gagah kan hati.

Sampai umah babysitter, pass budak2... telefon En babah.
dia cakap, tunggu situ. nanti dia datang...





eh..panjang nye laaa..intro ke hapa ni weiii...
ini baru kejadian di pagi hari operation nih.

Ok sambung next entry la ye... banyak benor drama hari tu. Dah macam plot sinetron pulak dah.. huhuhuhuuu

No comments: