Thursday, June 10, 2010

Beri sayang untuk mendapat sayang

Hari ni hari jumaat.jadi mari kita insaf.
Ehh bukan.sebenarnya, hari-hari pun kena insaf.tapi boleh lebihkan sedikit dihari jumaat. Bukankah jumaat tu penghulu segala hari?
bukan kah pepatah omputih (ceh sekular kejap T_T ) selalu mengatakan..'Follow the leader? '
ye...mari kita lebihkan keinsafan dihari Jumaat.Semoga hari lain akan mem'follow keinsafan di hari ini (faham apa yang saya tulis ni? Mia...? paham?tak pe.. nanti lg 10 thn, Mia boleh tanya mama ok?) :)
Jom, kita ramai-ramai mencuci hati...
sakit hati dengan orang-orang dipejabat? maaf kan..
sakit hati dengan orang-orang yang rasa-macam-dia sorang saja ada perasaan yang sensitif-tapi selalu lupa-orang lain pun ada perasaan jugak..-? maaf kan..
sakit hati dgn rude driver yang main mencilok tapi tak bagi lampu signal-walaupun masa beli kereta memang kedai kereta tu dah siap-siap bagi-free lampu signal.-?maafkan...
sakit hati dengan makcik cafe yang hari ni caj mahal-tapi semalam caj murah padahal amik lauk yang sama sahaja-..? maafkan...
ye.banyak perkara yang boleh buat kita sakit hati. dan banyak benda jugak yang kita buat sedar atau tidak yang buat orang lain sakit hati.

Jadi MORAL nya: aku tak sempurna.kau pon sama. jadi, apa kata kita saling maaf-memaafi. boleh?
Bak kata Dr Fadzilah Kamsah:
"Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan / orang lain benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci"

RanDom: ok anak-anak....renung-renungkan.dan selamat beramal! ( eh..apasal mcm tersalah 'ustaz je nih) :P

No comments: