Thursday, June 3, 2010

kucing dan kembiri atau Castration?

Saya dan En.hubby adalah pencinta kucing tegar. Sejak Pitt dah 'pergi' saya tiada lagi kucing.kami ader cuba membela Boboy sebagai ganti.tapi Boboy pun dah hilang, diculik org. tp itu dulu.. diawal usia perkahwinan kami.
sekarang, rasa rindu memeluk kucing datang lagi. teringin sgt nak ada kucing tp agak risaukan bayi yang masih kecil.(takut bulu kucing tak elok utk baby, ye). Pernah cuba memelihara arnab, masa tu Mia masih berusia 4 bulan. baru pelihara 2 minggu, arnab a.k.a Bebit diserahkan kepada kawan diopis kerana kurang kasih sayang.saya dan suami sangat sibuk. Mia juga masih terlalu kecil n demand for a lot of attention. Bebit juga masih baby yang perlu dimanja dan di jaga rapi. Kasihan kan si baby arnab yang takut2 kekurangan kasih sayang, saya dgn berat hatinya menyerahkannya kepada kawan. Alhamdulillah, Bebit sekarang semakin manja, sehat,gemok buntal gebu dan juga diberikan partner baru: Bunny. TQ Linda, sbb sudi memberikan kasih sayang pd Bebit! hehehe
Baru-baru ini En. Hubby ader menyuarakan hasrat untuk memelihara kucing lagi.- err..tindakan memberi makan pada kucing-kucing terbiar dikawasan rumah kami pada setiap hari bukan di kira sebagai memelihara,ok. memelihara disini ialah kami ingin mempunyai kucing yang kami boleh namakan dgn nama2 manja dan comel. yang boleh dipeluk cium kendong hari-hari. yang ada tempat tidor dan pinggan makan sendiri di dapur kami.itu dikira memelihara.ok.tp bimbang akan tabiat kucing yang mungkin akan mengatal dan bergaduh sehingga terberak kencing di dalam rumah.tak elok untuk baby.takot bulu gugur.tak elok untuk baby.
Saya cadangkan, cari kucing yang bulu x gugur, jaga pemakanan kucing. Insyaallah, bulu dia akan sehat dan tak bersepah terabur merata-rata. Selain menjaga pemakanan, saya ada juga terdengar mengenai kembiri atau Castration. Tapi ok ker?
google-google, adalah terjumpa article ni.. jom baca sama-sama!
-------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu'alaikum wbt ,

Mak-ayah saya minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.

terima kasih.

******************************
Postby pendekar »

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .

Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :

Kasi = Kembiri = Castration

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi - tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

MASALAH MENGEMBIRI KUCING :

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .

Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita .

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh)


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN

AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH ( Jilid 4 , ms 2649 ) – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily.
Posted by aizuddin at 7:01 PM


-------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm.... macam mana yer? harus la saya memaksa en. Hubby membaca artikel ni.hmmmm
ok, sebelum tu kat sini ada few pic kucing2 kesayangan...


Omel..Omel..Omel..


Manja.mengada.membunkang


Aduii..kacak nyer...



Boboy~ seketika lepas mandi selepas saya ambil dia di gerai makan di UITM.kesian...kurus.sejuk.bersendirian.....



Kesejukan..hehehehe



Comey kan, dia??



Sooooo Comey.sampai kena culik. :(


saya rindu.

No comments: